|
sumber foto: Beijing Morning News
Seorang pelajar darjah empat disepak oleh guru lelakinya sehingga buah pinggang di sebelah kiri pecah dan terpaksa melakukan pembedahan untuk keluarkannya.
Kejadian tersebut berlaku di sebuah sekolah rendah yang terletak di bandar Yen Chow, GuangXi, China.
Menurut laporan Beijing Morning News, pakcik kepada pelajar tersebut Encik Chan berkata, cucu saudaranya, Hou Hou berumur 10 tahun, berikutan ibu bapanya sepanjang masa berurusan di luar, jadi kedua-dua adik-beradik semuanya dibawah penjagaannya.
Tambah Chan, cucunya memberitahunya, disebabkan dia bersembang dengan rakan ketika kelas bahasa, jadi gurunya telah menyepaknya sebanyak dua kali.
Disebabkan sepakan itu, dia terlanggar bahagian penjuru meja, sekaligus terjatuh ke atas lantai.
Selepas diperiksa, doktor memaklumkan, buah pinggang Hou Hou telah pecah, perlu segera menjalankan pembedahan untuk keluarkannya, kalau tidak berisiko tinggi.
" Selepas itu, kami beberapa kali menanya Hou Hou dan palajar yang lain, mereka semua memaklumkan ketika itu guru terbabit bukan sahaja menyepak Hou Hou, malah menamparnya, tetapi guru tidak mengaku."
Kini, ahli keluarganya tidak sempat pergi ke sekolah untuk mendapatkan penjelasan yang sewajarnya kerana masih sibuk urusan anaknya di hospital.
Akan tetapi difahamkan, guru yang terbabit telah pun ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|