Penyampai radio Hot Fm, Fizie membuat penafian berhubung penyebaran gambar bogel yang menyerupai wajahnya di internet.
Fizie dilihat mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi laman Instagram miliknya, berkata dia tidak mempunyai kaitan secara langsung mahupun sebaliknya terhadap gambar tersebut.
"Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
"Berikutan hal penyebaran gambar-gambar kurang sopan yang menyerupai saya, saya ingin menegaskan bahawa gambar-gambar tersebut tidak mempunyai kaitan terhadap saya secara langsung mahupun tidak," antara yang diluahkannya.
Tidak mahu terus dihimpit dengan perkara berunsur fitnah itu, Fizie mengambil keputusan untuk melaporkan kepada pihak berwajib.
"Dengan laporan tersebut, saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak yang berwajib yang kini sedang melakukan siasatan terperinci berhubung perkara itu.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin di atas penyebaran ini serta sokongan yang diberikan kepada saya selama ini," katanya lagi. - CARI
Gambar Bogel Itu Bukan Saya - Fizie Hot FM
|