Menurut laporan Odditycentral.com, Wang Xiaojiu merupakan seorang tukang gunting rambut yang mempunyai kebolehan semula jadi yang mampu menggunakan sisa helaian rambut pelanggannya untuk menghasilkan seni halus yang menarik.
sumber foto: wap.chinadaily.com.cn
Sekilas pandang, hasil seninya kelihatan seolah-olah dilukis dengan menggunakan pensil atau arang namun jika dilihat secara dekat, ia dihasilkan dengan menggunakan sisa rambut pelanggannya sendiri.
Tukang gunting rambut berbakat itu memaklumkan kepada China Daily bahawa dia sentiasa berfikir untuk membuang sisa rambut tersebut awalnya namun kemudian dia memutuskan untuk melakukan sesuatu yang kreatif dengannya.
sumber foto: wap.chinadaily.com.cn
Dengan berbekalkan berus rambut dan kad plastik, Xiaojiu mengumpulkan rambut-rambut pelanggannya di atas lantai dan menghasilkan potret kartun serta watak komik yang menarik.
Difahamkan, Xiaojiu mula melukis dengan rambut manusia sejak beberapa bulan lalu namun hasilnya sangat menakjubkan.
Selain itu, Xiaojiu sangat menitik beratkan seni kreatif yang dihasilkannya malah setakat ini dia telah menghasilkan potret menakjubkan seperti Sailor Moon, Spiderman, Wolverine, Bruce Lee dan Iron Man.
sumber foto: wap.chinadaily.com.cn
sumber foto: wap.chinadaily.com.cn
Wang berkata, dia mengambil masa selama kira-kira dua jam untuk melengkapkan satu lukisan dengan menggunakan rambut.
Xiaojiu mungkin mempunyai pengalaman baru dalam bidang seni rambut namun dia mempunyai masa depan cerah dalam bidang seni seperti artis terkemuka iaitu, Bill Flink.
Walaupun Xiaojiu belum sampai ke tahap sedemikian namun bakat yang ada padanya tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak. - CARI