CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1462|Reply: 3

Kejayaan Atlet Paralimpik Jadikan Rangsangan Buat Rakyat Malaysia- PM

[Copy link]
Post time 23-9-2016 09:36 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO



sumber foto: http://www.karangkraf.com/





Kisah kontinjen Sukan Paralimpik Rio 2016 dijadikan rangsangan kepada rakyat Malaysia supaya berdiri lebih tinggi dan bangga serta berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh.


Demikian saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika ucapan dalam majlis sambutan besar-besaran wira emas Paralimpik Rio De Janeiro di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA petang kelmarin.


Memetik laporan Bernama, tegas Perdana Menteri, atlet Paralimpik sudah membuktikan bahawa walaupun apa juga dugaan pada diri namun jika ada keazaman, iltizam dan kemahuan untuk berjaya, kejayaan mampu dicapai di pentas besar dunia.


Justeru itu, kerajaan memutuskan untuk memberi ganjaran kepada atlet paralimpik sama seperti yang diterima atlet olimpik bagi menghargai pencapaian mereka mengharumkan nama negara, tambah beliau.


Pemenang pingat emas temasya itu, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi bagi acara 100 meter, Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru) dan Abdul Latif Romly (lompat jauh) akan menerima insentif yang dijanjikan kerajaan berjumlah RM1 juta dengan pencen RM5,000.


Bagi pemenang pingat gangsa, Siti Noor Radiah Ismail (lompat jauh), Perdana Menteri mengumumkan tambahan insentif RM100,000, menjadikan jumlah keseluruhan RM200,000, selain pencen RM2,000.- CARI



sumber foto: http://assets.bharian.com.my/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2016 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Good for them...i wish i could make malaysia proud too..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2016 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah...iol pun tak mampu melakar kejayaan seperti mereka
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2016 03:04 PM | Show all posts
duit GST utk atlet okla tu
bukan utk menteri yg sentiasa merungut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.076791 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list