CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5723|Reply: 31

Nukilan Khas Untuk Para Isteri Yang Ego, Bacalah Sebelum Terlambat

[Copy link]
Post time 19-9-2016 11:41 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ






Isteri yang berpangkat besar dan mempunyai pendapatan bulanan lebih besar dari gaji suami pasti menjadi masalah besar buat sesetengah pasangan.


Isteri yang bergaji besar sering dikaitkan dengan sikap "queen control" atau suka mengarah dan lebih mendominasi "kuasa" seorang suami.


Sebenarnya bukanlah semua isteri bergaji besar bersikap seperti itu, ia bergantung pada diri individu itu sendiri. Ramai saja suami yang mempunyai isteri berpangkat besar tetapi hidup bahagia hingga ke anak cucu.


Namun, kisah benar yang dikongsikan oleh seorang wanita yang bergelar isteri ini mungkin dapat membuka pintu hati para isteri diluar sana, yang mana mungkin mengalami situasi yang sama seperti beliau. Jom kita baca perkongsian ini :





Assalamualaikum readers….

Aku mintak sangat admin page ni tolong approve confession aku. Benda ni boleh dijadikan pengajaran buat isteri2 di luar sana. Moga pengalaman dan penyesalan yang aku kongsikan mungkin mampu mengelakkan rumah tangga orang lain dari kemusnahan seperti rumah tangga aku. Mintak maaf jika post aku panjang berjela. Aku ceritakan secara detail untuk difahami oleh semua.

Bismillah.

Aku masih muda, 26 tahun. Berasal dari keluarga berada dan suami aku anak tunggal juga dari keluarga yang senang. Sekarang ada seorang anak. Berkahwin semasa umur 21. Salah aku sendiri aku berkahwin awal disebabkan aku terpengaruh dengan kebahagiaan dan kisah indah kawin awal orang lain. Jadi bila suami aku (esok jadi ex-suami) ajak kawin aku terus bersetuju.

Padahal aku masih muda, mentah, noob, tak prepare dan tak study pun about what its like to be a WIFE. salah aku. Memang salah aku. Salah aku sebab aku ingat berkahwin itu mudah, menjadi isteri solehah itu mudah. Sekarang aku tahu menjadi solehah tu adalah benda paling susah aku pernah buat.

Selepas berkahwin aku teruskan pengajian aku yang bebaki setahun. Belum sempat konvokesyen aku dah bekerja. Mungkin rezeki anak masa tu. Kerja aku pulak starting dah 3k. Bagi orang yang baru grad tinggi jugak la gaji aku. Suami aku pulak kerja biasa, technician. Memang gaji aku lagi tinggi daripada suami aku.





Mula berkahwin memang kami dah problem. Aku fikir, this is normal since we dont know each other quite well. Main kawin je konon bercinta lepas nikah. Selama kami bergaduh, suami aku yang banyak sabar. Diamkan bila aku marah. Aku yang baran. Pantang salah sikit, sampai suami aku mandi lama pun aku bising. Mula berkahwin niat nak menjadi isteri solehah sangat tebal. Aku pakai cantik depan suami, lemah lembut, layan suami macam raja. Ada la untuk 6 bulan pertama perkahwinan. Makin lama makin teruk perangai aku. Hari2 aku marah suami aku.


Bila aku fikirkan balik dan muhasabah diri aku, kesalahan memang banyak pada aku. First, disebabkan gaji aku lagi tinggi dari suami aku jadi ego. Aku rasa aku boleh hidup tanpa suami. Sewa apartment aku yang bayar semua, termasuk bil, ansurans kereta, makan, minum, susu dan lampin anak. Suami aku cuma setelkan insurans anak dan yuran taska anak aku. So aku rasa i can live without him. Tapi aku salah. Sunyi nya hidup tanpa peneman. Walaupun suami aku tak mampu dari segi kewangan, tapi suami aku penyayang sangat. Yes i can physically live without him, tapi aku tersiksa sebab aku dah kehilangan sumber kasih sayang aku.


Kesalahan aku kedua adalah i never believe in him. Suami aku ni memang suka berbisness. Tapi aku tak pernah memberi kepercayaan kepada bisness dia. Aku rasa dia buang masa dan dia takkan berjaya buat bisness. Suami aku selalu cakap yang dia berbisness bukan sebab nak kaya tapi sebab ini sunnah dan dia nak tolong orang. Bisness suami aku pulak bisness consultant. Banyak consultation dia cas rm20-50. Bagi aku nak dapat untung celah mana kalau sikit macam tu. Suami aku cakap dia nak membantu sebab tu dia cas murah. Dia pulak tak cukup capital untuk kembangkan bisness dia sebab tu bisness dia tak bekembang. Dia tak pernah mintak aku buat loan atau mintak duit aku sesen pun untuk bisness dia.


Ketiga aku asyik rasa macam aku adalah isteri yang serba cukup. Aku asyik rasa sepatutnya suami aku bersyukur dapat aku sebagai isteri. Aku boleh la dikatakan ada rupa, kurus, berkulit cerah, kerja ok dan hari2 aku masak untuk anak n suami siap bawak bekal lagi. Bab makan memang aku jaga. Aku masak special hari2. Sepanjang berkahwin aku tak pernah bagi suami aku makan kicap n telur sahaja. Paling lekeh pun aku akan masak masak sup ayam. Aku lupa yang tanpa suami aku yang mudahkan kerja aku tak mungkin aku boleh masak untuk dia dan anak. Suami aku yang basuh pingan, vacuum rumah, basuh dan sidai kain (aku cuma lipat je), buang sampah, sediakan susu anak, bangun malam2 kalau anak nak susu dan macam2 lagi. Ya aku buta. I kept saying yang apa yang suami aku buat adalah tanggungjawab dia, memang patut dia buat apa yang dia buat. Sekarang bila dah terlambat baru aku nampak kebaikkan dia. Sumpah aku menyesal sangat sekarang.

Rumah tangga aku mula runtuh bila aku cek history phone suami aku aku nampak dia google gambar lucah. Aku terus serang dia dan masa itu lah dia betul2 meletup kat aku. Semua dia luahkan sedangkan sebelum ni dia cuma bersabar dengan aku. Disebabkan ego tercabar aku pun halau dia keluar. Thats the end of us, about a year ago. Tak pernah kami tido sebumbung selepas tu.


Lepas aku halau dia, dia balik ke kampung. Parents suami aku pulak accident dalam perjalanan ambik suami aku dari stesen bas. Sampai saat ni aku rasa bersalah sangat pada suami aku. Kematian parents dia menjadi kemuncak kebencian dia pada aku. Sampai saat ni aku menagis bila teringat benda ni. Kalau tak kerana aku halau dia, dia takkan balik kampung dan his parents might still be alive.






Bila parents dia meningal kesemua rumah sewa, tanah, barang kemas dan duit simpanan parents dia yang warisi. Suami aku memang kuat semangat. Dia laburkan duit pusaka untuk bisness dia. Dalam masa setahun perniagaan dia bertambah maju. Aku cuba pujuk dia kembali pada aku. Bukan disebabkan dia kaya tapi sebab aku menyesal dengan perbuatan aku. Aku rindu sangat pada suami aku. Aku rindu dia peluk aku setiap malam sedangkan aku selalu membelakangkan dia. Aku rindu pangilan “sayang” pada aku yang tak pernah lekang dari mulut dia walau sekali sampai lah kami berpisah. Aku rindu dia sangat2 Allah sahaja yang tahu. Tapi dia dah tak ada perasaan pada aku. Pandang aku pun tak hingin.


Aku berharap kalau lah ada isteri di luar sana yang mempunyai ego sama dengan aku, baran sama dengan aku, buta hati sama dengan aku, sedarlah sebelum terlambat. Jagalah “ego” suami anda. Kalau rasa nak marah, ingatlah kembali budi dia pada anda. Macam mana kita rasa diri ini bagus, suami tetap di atas.


Esok aku ke mahkamah untuk dia lafaz cerai. Doakan aku. – Nurul




Semoga menjadi pengajaran buat semua. Kongsikan! - CARI










Sumber - Siakapkeli.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2016 11:56 AM | Show all posts
ada hikmah dia bcerai.
kalau tak jadi cmni, smpai skrg pun ppuan ni tak kan sedar salah dia.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 12:13 PM | Show all posts
Perempuan sekarang ramai yg nk jd dominant terhadap suami.. mereka merasakan bahawa mereka lebih layak menerajui rumah tangga sehingga tanpa disedari mereka hilang rasa hormat pada suami..
Tgk dlm FB pun ramai perempuan yg quote psl hargai isteri padahal mereka tidak sedar yg tindakan mereka itu hanya menjatuhkan maruah suami di hadapan rakan2 FB & seolah2 suami xmelayan mereka dgn baik
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 01:53 PM | Show all posts
laki baik cam gini bercerai cepat je...

ada yang dah kena belasah dgn laki hari2 tapi still boleh bertahan...

macam2 hal rumah tangga...

aku klu nak marah kat suami aku...dlm hati jek...tak pun ckp sorang2 kat belakang....lepas geram...
jarang2 lah lepas depan muka dia...(klu dah tak tahan baru terlepas)....

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 02:00 PM | Show all posts
x caya pun cita ni sbb:
1. x kan lah laki dia x da keta/motor, sampai parents kena ambik kat bas stand...kata family mentua pun senang gak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 02:09 PM | Show all posts
cite btl ke dongeng nie??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2016 02:19 PM | Show all posts
wujud lagi ker lelaki mcm drama pukul 7 tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 02:41 PM | Show all posts
Ni luahan hati somi ke luahan hati isteri ke skrip drama kul 7
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2016 03:11 PM | Show all posts
sribayu replied at 19-9-2016 02:00 PM
x caya pun cita ni sbb:
1. x kan lah laki dia x da keta/motor, sampai parents kena ambik kat bas st ...

#HUSNUZON
Tgk laki dia, tehcnician, jenis yg xmengharap sesapa, independent, xkisah berkenaan apa2, cool je... ha gtewww
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 03:19 PM | Show all posts
sribayu replied at 19-9-2016 02:00 PM
x caya pun cita ni sbb:
1. x kan lah laki dia x da keta/motor, sampai parents kena ambik kat bas st ...

kannnn..... at least motor EX5...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 03:22 PM | Show all posts
seri_mawr replied at 19-9-2016 01:53 PM
laki baik cam gini bercerai cepat je...

ada yang dah kena belasah dgn laki hari2 tapi still boleh ...

aku puunn....kalau marah kat suami...tak berani nak luah...pendam sorg2.....marah bebel2 cakap ngan diri sendiri....hahahaha tapi tu yang sebaiknya sebab cepaatt je berbaik balik....kalau tak mmg smpi ke sudah lah takde yg nak ngalah
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 04:23 PM | Show all posts
-electrifying- replied at 19-9-2016 03:11 PM
#HUSNUZON
Tgk laki dia, tehcnician, jenis yg xmengharap sesapa, independent, xkisah berkenaan apa ...

ha ha...kalau x harap sesiapa, x perlu lah parent pergi ambik kat bas stand..menapak je lah kan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 04:24 PM | Show all posts
suami ku encik consultant
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 04:33 PM | Show all posts
Tp ada gak jejantan malas dan amik kesempatan cari bini kayo supaya dia idup senang lenang atas duit bini...bagi org2 cengini mmg jenis tak tau malu, lantak org ckp apa janji aku bahagia dn bii tanggung mkn minum aku tnpa usaha. Klu suami camner, cerai jew.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 08:54 PM | Show all posts
tragis plak
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kelip2_07 replied at 19-9-2016 02:09 PM
cite btl ke dongeng nie??

Pu. Rasa mcm dongeng. Mula2 mcm nak caya. Bila mak pak laki tu eksiden sbb laki tu kat stesen bas.adoi.. Red flag!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2016 06:10 PM | Show all posts
macam luahan suami jek. Tp tak dinafikan, senang ucap nak jd isteri yang solehah tp bila nak praktik kan Allah je tahu banyak sungguh dugaannye.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 06:28 PM | Show all posts
zameyla replied at 19-9-2016 03:19 PM
kannnn..... at least motor EX5...

Kg dia jauh...tuuu blk naik bus...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa suruh kau ego sgt.. mendpt talaq la jwbnya
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
sribayu replied at 19-9-2016 02:00 PM
x caya pun cita ni sbb:
1. x kan lah laki dia x da keta/motor, sampai parents kena ambik kat bas st ...

Khennn.. ni imagenasi penulis drama sebabak....
Suami dia ktegori baik... sure tau erti qada' & qadar...
Aku xcaya crita ni... nmpk ketidak balancean disitu...hurmmmm
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.071175 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list