View: 1158|Reply: 1
|
Pembebasan Tiga Nelayan Indonesia Yang Diculik Di Perairan Sabah
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: internet
Komander Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi Bernama mengesahkan tiga nelayan warga Indonesia yang diculik lima lelaki bersenjata di perairan Felda Sahabat, Julai lalu telah dibebaskan malam Sabtu lalu.
Tiga nelayan yang dibebaskan itu dikenali sebagai Lorence Koten, 34, Teo Dorus Kopong, 42, dan Emanuel, 46.
Difahamkan Abu Sayyaf membebaskan ketiga-tiga mereka dan menyerahkan kepada Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) sebelum dihantar kepada wakil kerajaan Indonesia di Jolo.
Wan Abdul Bari berkata destinasi ketiga-tiga mereka selepas diserahkan kepada wakil kerajaan Indonesia, adalah tidak diketahui.
Ketiga-tiga mereka diculik kumpulan Abu Sayyaf pada 9 Julai ketika menangkap ikan kira-kira 3.6 batu nautika dari Kampung Sinakut, dekat Lahad Datu.-CARI
sumber berita : BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Kompomlah ni semua salah DAP!!!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|