CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1569|Reply: 9

Kes Jangkitan Virus Zika Bertambah Menjadi 6 Kes Di Negara Kita

[Copy link]
Post time 14-9-2016 09:46 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO

sumber foto: http://sowegalive.com/





Dua lagi kes jangkitan virus zika membabitkan adik-beradik dikesan di Miri, Sarawak dan Setapak, Kuala Lumpur, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak enam kes dilaporkan di negara ini.


Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, kes kelima membabitkan wanita berumur 35 tahun yang hamil dua bulan di Miri, dan pernah bekerja di Singapura sebelum ini.


Jelas beliau, Kali terakhir wanita itu melawat Singapura selama enam hari iaitu antara 24 hingga 29 Julai dan telah ke klinik swasta di Miri pada 6 September lepas mengalami demam yang berpanjangan dan selesema serta sakit tekak.


"Keputusan ujian zika yang dihantar ke makmal swasta di Kuala Lumpur dan di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) menunjukkan keputusan adalah positif untuk zika."


Kesemua enam anggota keluarga yang tinggal serumah dengan wanita itu tidak menunjukkan sebarang gejala dan tanda-tanda jangkitan zika.


Sementara itu, berdasarkan pemantauan Kementerian Kesihatan sejak 1 September hingga 14 September lepas, sebanyak 68 kes yang didapati mempunyai tanda-tanda virus zika telah dilaporkan, namun kesemua keputusan ujian adalah negatif, katanya.


Bagi individu yang mengalami gejala seperti demam, ruam dan konjunktivitis serta mempunyai sejarah melawati kawasan yang melaporkan zika juga dinasihatkan berjumpa doktor dengan segera.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2016 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
sapa nak kelambu cm khemah pm aku.saiz katil. sini bnyk.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
So scary...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 10:46 AM | Show all posts
TuntungReturn replied at 14-9-2016 09:47 AM
sapa nak kelambu cm khemah pm aku.saiz katil. sini bnyk.

sempat berbiznes ko ye tuntung, post la gambar kelambu tu....

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn replied at 14-9-2016 09:47 AM
sapa nak kelambu cm khemah pm aku.saiz katil. sini bnyk.

Brape hengget kelambu tu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 11:13 AM | Show all posts
TuntungReturn replied at 14-9-2016 09:47 AM
sapa nak kelambu cm khemah pm aku.saiz katil. sini bnyk.

Postlah gambar kelambu yang nak dijual tu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2016 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
siapa nak gelang anti nyamuk / bugslock band pm aku
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 01:57 PM | Show all posts
tengah hot kes zika nih, kurangkan laa berjalan ke kawasan yg berisiko tinggi....tolong la jgn sebarkan merata2....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2016 03:12 PM | Show all posts
menakutkanlah skrg. especially bila dgr virus zika ni kalau perempuan pregnant yang kena, kesian baby dalam kandungan bila affected.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau najib tak potong bajet KKM, dah lama dah malaysia jumpa vaksin untuk zika nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.320667 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list