CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1337|Reply: 0

Letak Jawatan Ahli Parlimen, David Cameron Mahu PM Baharu Lebih Fokus

[Copy link]
Post time 13-9-2016 02:40 PM | Show all posts |Read mode
Oleh: TS LOO

sumber foto: http://www.straitstimes.com/



Selepas pengundi British menolak rayuannya dan mengambil keputusan untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU), bekas Perdana Menteri Britain, David Cameron serta-merta mengumumkan peletakan jawatan sebagai perdana menteri.


Semalam 12hb Sepetember, beliau membuat pengumuman lagi peletakan jawatannya dalam Parlimen yang sekali gus menamatkan kerjaya politiknya.


Keputusan tersebut dilakukan kawasan pemilihannya iaitu daerah Witney, Oxfordshire, antara kerusi selamat Parti Konservatif selama beberapa dekad.


Menurut beliau, peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan realiti politik moden menjadikan agak sukar untuk dirinya meneruskan tugas sebagai Ahli Parlimen tanpa risiko berdepan keputusan penting yang bakal dibuat penggantinya di Jalan Downing dan kerajaan.


Bekas Perdana Menteri itu juga mengatakan sokongannya terhadap Theresa May, yang menggantikan tempatnya.


Sementara itu, menurut Theresa May, dia amat memahami keputusan yang dibuat oleh Cameron, Ramay ahli Parlimen Parti Konservatif menyatakan penghormatan terhadap Cameron melalui media sosial, dan memuji beliau seorang perdana menteri yanh hebat dan disanjungi.


Susulan itu, pilihan raya kecil bakal berlangsung di kawasan pemilihannya iaitu daerah Witney, Oxfordshire, bagi menggantikan jawatan ahli parlimen yang dikosongkan olehnya.- CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.071788 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list