CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4793|Reply: 21

Bersebab Kenapa Filem Pekak 'Diharamkan' Tayangan Di Brunei

[Copy link]
Post time 9-9-2016 02:22 PM | Show all posts |Read mode
Baru sahaja tayangan filem Pekak terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd dan Lightbulb Pictures medapat sambutan di seluruh negara pada awal September namun menerima tamparan awal apabila tayangannya di Brunei Darussalam tidak diluluskan.

Dalam surat yang dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei pada 23 Ogos lalu, tayangan filem arahan Khairul Azri Mohd Noor atau Kroll Azry ini di negara itu tidak diluluskan kerana dikatakan tidak mengandungi unsur pendidikan.




Tayangan filem Pekak tidak diluluskan juga atas alasan ia tidak mengandungi unsur pendidikan dan mempunyai pengaruh buruk kerana memaparkan adegan menghisap dadah, penjualan dadah, pergaulan bebas, keganasan dan wanita menghisap rokok.

Tambah Khairul Azri, pihaknya masih berusaha memastikan filem Pekak mengisahkan nasib orang kelainan upaya (OKU) pekak, dapat ditayangkan di Brunei kerana ia boleh menjejaskan kutipan tiket.

Menurut Syarifah Amani, "Rugi dan kasihanilah Brunei kerana mengharamkan Pekak”. Selepas menonton saya kira 2/3 filem tersebut, saya setuju, malah saya salute tindakan Brunei dan saya kecewa mengapa Malaysia tidak bertindak sedemikian. Saya mula tidak sedap duduk selepas tiga puluh minit pertama. Semakin lama semakin gelisah. Akhirnya saya keluar dalam keadaan menggigil tangan kerana menahan marah. Kesan dari filem ini, saya sudah “dengar” di dalam panggung ketika menontonnya. Kesan seterusnya? Saya tak sanggup bayangkan."
Ada yang berpendapat, filem ini memang PEKAK ;

Bukan filem ini saja tajuknya Pekak. Penulis, pengarah, penerbit sampai kepada pihak yang meluluskan tayanyan filem ini. Semuanya Pekak. Pekak pada masalah sosial negara. Pekak pada tata susila. Pekak pada keresahan masyarakat. Pekak pada rintihan pihak-pihak yang saban hari berjuang membawa pulang anak-anak yang tersesat di jalan gelap. Jika anda tak mampu membantu mereka, janganlah menambah masalah yang ada. Fikir-fikirkan. - CARI




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2016 02:28 PM | Show all posts
aku tak faham ulasan saripah tu....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 03:14 PM | Show all posts
saripah tu kondem cite ni jgak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 03:31 PM | Show all posts
konpius baca statement saripah nie,..WTF
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
dia kondem ka sarcasm tu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 04:52 PM | Show all posts
bukan dia pun berlakon dalam citer ni ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2016 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
I thought cerita ni bagus, tapi bila baca reviu. Errrr...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 05:01 PM | Show all posts
Tuan tanah yang silap tulis ni...

Syarifah tu tulis yang ni je... "Rugi dan kasihanilah Brunei kerana mengharamkan Pekak”.

Ayat seterusnya adalah hasil tulisan tuan blog Pengembara Berpoket Nipis.

Dia pi sambung terus jadi Syarifah tu yang komen semuanya. Yapeda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2016 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
"Saya mula tidak sedap duduk selepas tiga puluh minit pertama. Semakin lama semakin gelisah. Akhirnya saya keluar dalam keadaan menggigil tangan kerana menahan marah"


Overnya brader ni.. Pilem je pon. Nape ko x bakar je panggung tu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 10:28 PM | Show all posts
tindakan yang bijak dari Brunei.rakyat Malaysia kebanyakan nya suka tengok filem tak ada faedah.filem lu gua lu gua rakyat Malaysia suka tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak akan kasi adik2 remaja tgk movie ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Pertama sekali, tahniah kepada pengarah filem ni kerana membawa sesuatu yg fresh di layar perak tempatan. tapi kalau nak diikutkan 2/3 bahagian dalam cerita banyak menonjol sisi negatif sosial masyarakat sedikit sebanyak membawa pendedahan yg buruk kepada anak-anak mahupun remaja yg menonton filem ini. Mesej positif itu ada namun sayang ditenggelamkan oleh sisi negatif tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2016 06:54 AM | Show all posts
Filem bagus xsemestinya mesej yang disampaikan bagus jugak.. it's up on Brunei untuk mengharamkannya kalau2 filem tu mmg terlampau negatif untuk ditayangkan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2016 11:14 AM | Show all posts
kalau saripah berlakon, aku sangat ragu2 untuk menontonnya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2016 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 9-9-2016 06:45 PM
"Saya mula tidak sedap duduk selepas tiga puluh minit pertama. Semakin lama semakin gelisah. Akhirny ...

Dia mrh kot sbb byk adegan yg x sepatut nya di tayang.dah lh skrg byk kes buang baby..dadah
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2016 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
X tgk lg tp bila si seripah ni ulas mcm teringin jugak nk tgk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2016 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Xrs nk tgk pon citer ni.. Tp better tgk sndiri klu nk taw bgs ke x..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 05:21 AM | Show all posts
Reviewers sekarang ini banyak yang "pekak" daripada mendengar pandangan anak muda, kalau dilihat dari sudut yang negatif, memang semuanya dibantah dalam cerita ini.
Nak cerita pasal tak sesuai untuk "adik kecil", bukan ke cerita ini memang 18+ ke atas pada asalnya? 18+ dah kira dewasa bukan remaja, akal dah matang, mumaiz lagi.
Dan kenapa perlu bawa "adik kecil" yang bawah umur ikut serta tonton cerita ini kalau dah trailernya begitu rupa?
Cerita itu pun kalau secara tiba-tiba ada adegan yang tak elok, kenapa "anak kecil" itu tidak dibawa keluar? Tanggungjawab siapa sebenarnya? Bangla pekerja wayang itu ke? Tentunya tak!

Berkenaan dengan review cerita tu ada unsur negatif, sebenarnya cerita tu nak sampaikan yang suara anak muda perlu didengar, bukan disekat. Kalau disekat oleh "badan-badan yang bijaksana lagi arif", macam dalam filem itulah remaja yang akan datang akan lahir seperti itu.

Itulah maksud "pekak" yang tersirat tajuk cerita ini, tidak semestinya asal tajuk "pekak" memang semuanya bekenaan pekak, terjadinya watak itu orangnya pekak. Sebab itu writer dan pengarah filem ini mengelakkan cerita ini daripada senang untuk di agak dan bosan oleh penonton, jalan ceritanya dibuatnya lain.

Lepastu tak boleh ke kita yang dah dewasa mempunyai akal yang waras, fizikal yang sihat tidak "pekak", lepas tonton cerita itu, didik anak muda dan elakkan perkara ini daripada melarat?
Macam remaja berpeleseran, party-sampai-pagi, curi barang, seks bawah umur, syabu.
Sampai bila Malaysia nak maju kalau benda kecil tidak diambil kira?

Contoh babak Dara, hanya diam apabila ingin meluahkan perkara yang sebenar sebaliknya dia hanya menadah badannya untuk dipukul kerana "ayahnya" sendiri tidak mahu mendengar pendapat Dara. Kerana itulah Dara tertekan dan MELAKUKAN PERKARA YANG NEGATIF.

Contoh kedua babak Uda, seorang "pusher-yang-pekak". Dia hidup seorang diri ditinggalkan ketika hujan dan dijumpai oleh orang ramai. Tiba-tiba dia terkena demam panas dan dijaga oleh seseorang tanpa diketahui asal usul. Akhirnya dia terpaksa untuk menjadi "pusher" kerana "yang-tidak-pekak tidak-mahu-mendengar" rintihan dan memberi bantuan pada dia lalu dia mencari inisiatif mencari duit RM60K untuk pembedahan telinganya.

Contoh ketiga babak pemerkosaan Azman Picasso, Azman yang ketagih dengan syabu sehingga dia overdose menyebabkan dia memperkosa si Dara. Tak dinafikan kalau seorang itu overdose kewarasan akal itu dah lenyap. Puncanya? Syabu. Sebelum puncanya syabu? Pusher. Sebelum puncanya pusher? MASYARAKAT SEKELILING YANG MASIH BUAT "PEKAK" DENGAN PERKARA SEBEGINI.

Jika diikutkan adegan seperti membuka zip seluar, bercumbuan dan mempunyai banyak bahasa yang kurang senang. Memang itu kesilapan pengarah kerana tidak peka dengan perkara ini yang mengundang kemarahan penonton dan tidak perlu ditunjukkan.


Secara konklusinya, penonton-penonton di Malaysia ini kebanyakan lebih gemar melihat cerita cinta yang tidak berfaedah kepada penonton, yang di"pekak" kan matanya banyak keburukan daripada baik seperti mindset hidup senang, kahwin mesti dengan orang hensem/cantik dan adegan peluk dan pegang tangan yang kononnya semuanya tidak mengundang masalah sosial daripada cerita yang pengarahnya cuba sampaikan maksud tersirat untuk dijadikan titik perubahan kepada golongan yang "peka" bukan "PEKAK".


Apa-apa pun 5/5 rating saya bagi cerita ini
dari luahan anak muda yang tidak "pekak"


Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 09:22 AM | Show all posts
ler....citer mat saleh yg byk diorg lepaskan kat wayang tu x pulak ko nak kecoh.

aku rasa apa yg dipaparkan itu adelah apa yg berlaku diluar sana. x kan nak cerita yg baik2 ajer.

citer transformers starting jer dah tayang buntut pompuan. x lak ko kecoh.

adegan berbual atas katil x pakai baju x pulak ko kesah. ke mmg ko x tgk citer org putih. plz ler jgn jd double standard.

ko menafikan apa yg filem pekak ni cuba ketengah kan ibarat ko sendiri x mengaku apa yg benar2 terjadi kat luar sana.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 09:24 AM | Show all posts
zulhilmx replied at 13-9-2016 05:21 AM
Reviewers sekarang ini banyak yang "pekak" daripada mendengar pandangan anak muda, kalau dilihat dar ...

setuju dgn pendapat ko.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.405614 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list