Oleh Izzah Abbasy
Pelakon Azrel Ismail baru-baru ini ada memuat naik gambar bersama Izreen Azminda di akaun Instagram kerana ingin memberikan ucapan hari lahir buat Izreen.
Namun, foto berkenaan mengundang beberapa kritikan daripada netizen kerana ia jelas melihatkan Izreen berseluar ketat.
Ada yang berpendapat imej Izreen itu tidak sesuai untuk wanita yang berhijab dan meminta beliau untuk lebih berhati-hati dalam berpakaian.
Izreen juga telah membuat penjelasan berhubung perkara ini dan tidak menyalahkan sesiapa. Dia juga menyatakan bahawa seluar yang dipakai tidaklah terlalu ketat namun daripda sudut gambar yang dimuat naik oleh Azrel, ia kelihatan sangat ketat.
Harap Izreen tidak cepat sentap dan ambillah komen netizen itu sebagai sesuatu yang positif untuk Izreen lebih menjaga cara beliau berpakaian sesuai dengan imejnya sebagai wanita berhijab. - CARI
Foto : Instagram Izreen Azminda
 Foto : Instagram Azrel Ismail
|