Apple hari ini melancarkan dua versi terkini iPhone dengan menyasarkan lebih ramai pengguna dalam pasaran telefon pintar global yang tepu ketika ini.
iPhone 7 dan iPhone 7 Plus, dengan kecanggihan teknologi kamera terbaharu, kalis air dan ciri-ciri lain, dilancarkan pada acara media, awal pagi tadi waktu Malaysia di San Francisco, California.
Salah satu ciri terbaharu yang mungkin mengecewakan sebahagian pengguna ialah ketiadaan lubang fon kepala, dan memerlukan audio dikeluarkan menerusi penyambung 'bercahaya' Apple atau secara tanpa wayar.
Telefon pintar itu akan mula dijual pada harga yang sama seperti model terdahulu, bermula dengan AS$649 (RM2,569) bagi iPhone 7 untuk pembeli di Amerika Syarikat manakala penghantaran ke 25 negara lain bakal bermula pada 16 September.
iPhone 7 Plus, versi "phablet," Apple termasuk kamera berkembar bagi meningkatkan prestasi optikal dan kualiti gambar.- CARI
Bila sebut pasal cable 'bercahaya', terus terbayangkan optical toslink cable. Itu mmg pakai laser. Tapi tak masuk akal guna optical cable utk handphone audio..
Post time 8-9-2016 10:25 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Salah satu ciri terbaharu yang mungkin mengecewakan sebahagian pengguna ialah ketiadaan lubang fon kepala, dan memerlukan audio dikeluarkan menerusi penyambung 'bercahaya' Apple atau secara tanpa wayar.
Susah nak paham part yg ni i olls imagine earpod dicucuk kat mentol
Memandangkan earphone jack sudah tak ada, Apple perkenalkan AirPods. Wireless earphone. Kemungkinan earphone ini akan tercicir atau hilang sangatlah tinggi.
Aku yakin akan ada 3rd party company yg akan 'design' cable utk tambat 2 earphone ni supaya tak hilang.
tengok iklan memang direka utk BBNU la....ummah mencapub suka suka spec2 sebegini.....berlainan sekali dengan iklan Note 7....mempamerkan kesenangan membuat kerja....sebab tu akak sokong Samsung....meletup pun meletuplah...yang penting akak senang buat kerja....Ipad/PC boleh simpan...
selalu akak perhatikan yg jenis earphone memanjang ditelinga....jenis dengar music 24/7....kebanyakkan pakai Iphone...yg pakai samsung lebih banyak membaca..mata tenung hp saja... atau sedang buat kerja...