Proses mencari baju impian anda boleh memberi tekanan kepada diri anda, kerana anda kemungkinan akan mencuba atau memiliki sesuatu baju yang mahal dalam hidup anda. Maka, proses itu akan menjadi rumit dan mengerikan. Selain itu, dengan semua mata yang akan melihat anda, apatah lagi foto akan menjadi kenangan selama-lamanya, sudah tentu anda mahu kelihatan sempurna pada majlis perkahwinan anda. Tetapi apakah makna sempurna bagi anda? adakah pakaian terbaik anda bermaksud pakaian yang membolehkan pergerakan yang cukup. Berikut adalah panduan utama untuk mencari pakaian impian anda.
Lakukan penyelidikan Terdapat pelbagai sumber yang anda boleh cari untuk membuat penyelidikan tentang perkahwinan. Contohnya, sumber dari majalah perkahwinan, blog-blog pengantin, atau meneroka di Pinterest, dan lihat apa yang pengantin selebriti memakai pada hari perkahwinan mereka. Kemudian anda mencari tema yang menyambungkannya. Cari beberapa persamaan gaya yang anda suka dan membawa idea-idea anda untuk membuat majlis yang indah.
Bersikap terbuka Perunding pengantin akan memberitahu anda bahawa mereka sentiasa melihat wanita yang datang dengan membawa satu set idea yang mereka mahu untuk baju pengantin mereka sendiri, kemudian mencuba pakaian yang mereka suka dan baru pakaian yang mereka tidak benar suka. Tetapi sebaliknya mereka kebiasaanya akan jatuh suka kepada sesuatu yang sama sekali berbeza yang mereka idamkan. Maka, mengekalkan minda yang terbuka untuk mencari pakaian impian anda.
Saiz pengantin Saiz pengantin bermaksud dimana saiz baju pengantin kebiasaanya akan menjadi satu atu dua lebih besar daripada pakaian biasa anda. Walaupun perkataan lebih besar bunyi agak menakutkan, tetapi tiada siapa yang akan tahu saiznya kecuali perunding anda dan anda.
Tempah awal Anda perlu menempah baju perkahwinan anda awal kerana banyak baju pengantin mengambil masa empat hingga lapan bulan untuk menghasilkannya. Dan apabila ia siap, anda masih perlu mengambil kira lebih banyak masa untuk membuat apa-apa perubahan atau aksesori.
Plan bajet Jika cerita tentang nombor, memang ia akan hilangkan mood anda, tetapi ia akan menyelamatkan anda dari sakit hati dikemudian hari. Sebelum membuat temujanji dengan mana-mana butik pastikan anda sudah senaraikan bajet untuk pakaian perkahwinan anda.
Merancang kos tidak jelas ke dalam bajet Katakan anda merancang untuk menghadkan perbelanjaan baju pengantin anda pada RM10,000 anda sebenarnya tidak perlu membeli baju pengantin dengan RM10,000. Ini kerana anda perlu masukkan sekali bajet dengan faktor aksesori seperti tudung, barang kemas, kasut dan perkhidmatan pencucian bagi memelihara baju pengantin selepas perkahwinan jika anda mahu ia menjadi kenang-kenangan.
Cari kedai pengantin yang reputasi kukuh Adakah anda sudah membuat penyelidikan sebelum anda mula membuat temujanji? Ini kerana ia bagi mengelakkan anda membuang masa di butik yang tidak membawa pakaian yang anda suka atau perkhidmatan yang amat dahsyat. Maka, anda perlu mendapatkan rujukan daripada rakan-rakan yang sudah berkahwin atau menyemak comment online untuk mencari kedai-kedai dengan reputasi kukuh.
Mula dengan murah dan senang bekerja dengan anda Dengan kekal bajet, tipsnya adalah dengan membuat temujanji pertama anda dengan kedai pengantin yang paling murah dan meningkatkan skala jika anda tidak menjumpai baju pengantin yang anda idam-idamkan. Begitu juga dengan mencuba pakaian baju pengantin, anda perlulah mencuba baju pengantin dengan harga yang berpatutan dahulu.
Mencari ketika hari bekerja Butik-butik pengantin kebiasaanya akan penuh pada hujung minggu, ini bermakna anda akan mendapat perhatian peribadi yang kurang dan kemungkinan pakaian kesukaan anda sedang dibincang oleh orang lain. Maka, ia sangat bernilai menggunakan masa ketika hari bekerja.
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com Photo credits: Google.
|