CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5434|Reply: 2

INFO IT 1

[Copy link]
Post time 19-4-2004 12:04 PM | Show all posts |Read mode
Kegunaan
komputer

1 Komputer boleh melakukan kerja-kerja untuk membantu manusia menyelesaikan masaalah-masaalah dalam pemprosesan data :
* Menerima arahan dan memasukkan data daripada pengguna.
* Melaksanakan arahan yang diterima berbentuk pengiraan, logik memanupalasi data secara automatik dan sebagainya.
* Menyimpan data/program dalam ingatan sekunder
* Menghasilkan laporan atau sebarabg keputusan daripada kerja-kerja pemprosesan
*Laporan boleh disimpan dan dipanggil bila-bila masa sahaja.


2 KOmputer melaksanakan tiga langkah asas : INPUT , PROSES dan OUTPUT
* Input - merupakan sebarang kaedah yang digunakan untuk menyalurkan maklumat atau data ke dalam PC dari sumber luar. Ini melibatkan penggunaan peranti input berstruktur seperti cakera,papan kekunci,tetikus atau modem.
* Proses- pengubahsuain input data oleh sesuatu aturcara.
*Output- hasil daripada tindakan proses aturcara mengubahsuai data input


3 Sesebuah komputer akan mengandungi bahagian-bahagian di bawah:
* Perkasasan ( hardware )
Bahagian-bahagian yang terdapat pada komputer yang boleh di lihat dan di sentuh.
Misalnya cakera keras (hard disk), skrin paparan (monitor) dan lain-lain.
* Perisian ( software)
Perisian sistem operasi seperti MacOS, MS DOS, LINUX, Unix dan Windows 95/98
atas Pemproses Mikro ( Microprocessor)
Pemproses mikro merupakan ' otak ' yang mengawal semua fungsi utama dalam sebuah komputer.Paparan warna yang menarik bukan sahaja bergantung kepada monitor yang baik, tetapi bergantung kepada jenis pemproses. Pemproses Intel Pentium II ( sudah tentu dengan teknologi MMX ) memberikan anda warna yang lebih menarik, bunyi yang lebih menawan , video yang lebih lancar dan grafik yang lebih pantas.Apabila Pentium II disatukan dengan perisian seperti game, ia memberikan pengalaman multimedia yang sungguh mengkagumkan.

Multimedia
Merujuk kepada penggunaan grafik yang meluas dalam kebanyakan aplikasi pada hari ini yang merangkumi video,gambar pegun, graf, carta dan banyak lagi.Sekiranya digabungkan dengan betul, multimedia boleh menjadi satu bentuk hiburan serta persembahan yang menarik.
atas MMX Technology
Nama yang diberikan kepada 57 siri ciptaan yang dibangunkan dalam proses Pentium untuk mendapatkan hasil persembahan yang optimum. Satu proses yang dikenali sebagai " Single Instruction Multiple Data " (SIMD) membenarkan satu arahan sahaja yang diperlukan untuk mengawal semua fungsi data. Ia lebih berkesan daripada memberikan arahan kepada setiap data satu persatu. Seperti seorang sarjan yang mengeluarkan arahan kepada semua platun sekaligus daripada memberikan arahan kepada seorang demi seorang askar. Semua ini bermaksud anda dapat mendapat video yang lebih lancar, grafik yang lebih baik serta audio yang mengkagumkan
atas Pemacu CD-ROM

Suatu ciri standard yang mesti ada pada semua komputer peribadi untuk melayakkan komputer tersebut digelar Sistem Multimedia. Ia merupakan suatu kemestian kerana semua perisian dewasa ini menggunakan CD ( Compact Disk). Kelajuannya diukur dengan kebolehannya memindah data dalam mgbps (megabyte per second). Kebanyakkan CD-ROM masa kini mempunyai kelajuan daripada 8x hingga 56x. Lebih laju pemacu anda lebih baik sesebuah perisian dijalankan.
atas Cakera Keras (Hard Drive)
Seperti kabinet,lagi besar ruang cakera anda, lagi banyak data yang boleh disimpan didalamnya. Ruang cakera keras diukur dalam megabit (MB ) dan gigabit (GB ) .Untuk membolehkan anda menyimpan lebih banyak data, maka pilihanlah cakera keras yang lebih besar
atas Peripheral and Universal serial Bus (USB )
Perferal merupakan alat tambahan yang penting untuk menyambungkan komputer anda kepada pencetak, pengimbas, monitor, papan kekunci, tetikus dan sebagainya. Semua ini disambung oleh Universal serial Bus (USB ), satu jenis soket yang membenarkan semua penyambung bersatu.USB membuatkan penambahan periferal komputer sesuatu yang mudah di masa hadapan.

Ingatan Capaian rawak (Random Access Memory)
RAM merupakan memori jangka pendek dimana komputer anda menyimpan maklumat yang anda gunakan. Ini bermakna, simpanan dalam memori hanya aktif apabila komputer dihidupkan dan akan musnah sekiranya komputer dimatikan.Memori juga diukur dalam unit megabait (MB ). Penggunaan memori paling minimum yang dicadangkan ialah berjumlah 32 MB. Dan pastikan anda tingkat upayakan memori anda untuk mendapatkan hasil yang menarik ketika mencipta grafik dan sebagainya.

Modem
Modem menggunakan talian telefon untuk merangkaikankomputer anda kepada internet . Ia membolehkan anda melayari rangkaian dunia ( Worlad Wide Web), menghantar dan menerima surat elektronik serta menggunakan komputer anda sebagai mesin faks. Kelajuan pemindahan data oleh modem diukur dalam kb/sec (kilobytes per second). Modem yang lebih laju memendekkan masa pemindahan data yang bermakna capaian ke internet dilajukan.


Monitor
Moitor merupakan paparan skrin kaca TV anda. Monitor merupakan perantaraan penyiaran kepada semua perisian yang anda gunakan. Untuk hasil yang lebih bagus, gunakan monitor SVGA (Super video graphics adaptor) dan dapatkan kad-kad grafik di pasaran
atas ADVANCED CMOS SETUP
Sebelum kita melangkah masuk ke "advanced chipset setup" terdapat beberapa perkara menarik yang perlu dipertimbangkan mengenai CMOS setup.Saya akan memperkenalkan kepada anda supaya anda akan tahu apa patut anda lakukan dengan nya.

Internal Cache Memory
"The internal cache" ialah kawasan ingatan dalaman yang diletakkan didalam CPU (Central Proccessing Unit). Ingatan jenis ini juga dikenali sebagai "L1 Cahce". Ingatan jenis ini adalah lebih pantas berbanding dengan ingatan luaran " external cache memory"
External Cache Memory
"The cache memory" juga dikenali sebagai ingatan luaran iaitu kawasan ingatan diantara CPU dan sistem bus dimana ingatan yang pantas dilrtakan untuk menyimpan arahan yang selalu diminta . Kebanyakan komputer yang menggunakan CPU berjenis Pentium mempunyai sama ada 256K atau 512K ingatan dalaman. Terdapat juga sesetengah CPU Pentium II yang boleh menampung sehingga 1MB ingatan luaran. Ingatan luaran juga dikenali sebagai L2 Cache.


TEMPORARY INTERNET FILES
Tahukah anda bahawa setiap kali anda masuk ke internet, setiap file yang anda buka akan tersimpan didalam folder windows yang bernama "temporary internet files". Sekiranya anda memedamkan file ini, ruang cakera keras anda dapat dijimatkan lagi. Walau bagaimanapun, jika anda cuba masuk ke halaman yang pernah anda masuk sebelum ini, proses akan menjadi lambat kerana browser anda terpaksa download kesemua file tersebut sekali lagi. Untuk mempercepatkan masa anda di internet, adalah disyorkan supaya anda membiarkan sahaja kesemua file tersebut.


DISABLE AUTORUN FUNCTION
Kebanyakkan CD-Rom yang dijual dilengkapi dengan fail bernama auto.run.inf.
Komputer anda akan menjalankan segala arahan yang terdapat di dalam fail tersebut.Sekiranya anda tidak mahu komputer anda menjalankan program secara automatik, terdapat dua cara

Cara pertama Menekan Button Shift pada papan kekunci semasa anda memasukkan CD-ROM kedalam pemacu.
Cara kedua 1. Pergi pada Star Button>Setting>System>Device Manager.
2. Klik pada tanda "+" di sebelah gambar CD-ROM.
3. Klik pada nama atau keterangan CD-ROM tersebut. Contohnya, MitsimiCDx.
4. Klik pada option "properties" di bawah.
5. Klik pada bahagian setting. Buangkan tanda pada "Auto Insert Notification"
6. Selepas berbuat demikian, komputer anda tidak akan menjalankan sebarang program dari CD-ROM secara automatik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2004 12:05 PM | Show all posts
MENGAPA MENGGUNAKAN URL?
Salah satu keistemewaan World Wide Web adalah ia tidak membezakan antara fail komputer anda dengan fail di sebuah rangkaian setempat ataupun fail dari mana-mana sahaja dalam internet. Selain dari protokolnya sendiri iaitu HyperText Transfer Protocol atau http, World Wide Web juga menyokong protokol internet yang lain.( Protokol ialah set peraturan yang digunakan untuk memindah maklumat antara komputer).Semua ini adalah mingkin dengan adanya URL atau Uniform Resource Locator.

URL membekalkan 3 jenis maklumat : iaitu " penerangan maklumat" yang menyatakan pada protokol mana patut digunakan ; alamat internet di mana fail dapat dicari; dan tempat pada perkhidmatan itu dimana fail terletak.

URL mailto : pula mengarahkan pelayar web membuka sebuah tetingkap untuk menghantar e - mel ke alamat yang dinyatakan. Anda akan dibekalkan dengan tetingkap kosong dalam mana mesejnya boleh ditulis. Sesetengah pelayar web membuka tetingkapnya sendiri sementara pelayar yang lain ( seperti Internet Explorer menggunakan pakej e-mel yang biasa)
HTML sendiri menyediakan cara mudah untuk menyatakan kandungan mesej. Alangkah baiknya jika semua inin dapat dilakukan tetapi sehingga kini, masih ia masih belum dapat dilakukan.

URL telnet : memebritahu pelayar web untuk menggunakan aplikasi telnet anda ( jika ada) untuk membuka satu sambungan telnet ke alamat yang dinyatakan. Telnet menggunakan arahan-arahan yang agak serupa dengan DOS. Anda tidak perlu menggunakan sambungan ini melainkan jika anda terlibat dalam sesuatu yang cukup teknikal, atau permainan MUD

URL news : meminta pelayar web mencapai Kumpulan Berita yang dinyatakan daripada sebuah pelayan berita .Kumpulan Berita ialah perkhidmatan yang membolehkan pengguna-pengguna Internet berinteraksi dan berbicara pelbagai topik
atas Alamat Internet

Alamat Internet
bolih diungkapkan dalam dua cara. Cara yang biasa (yang harus digunakan setiap masa) adalah dengan menggunakan nama domain.

Nama-nama domain Internet terdiri daripada beberapa domain yang dipisahkan oleh titik. Domain yang kurang penting ditulis pada sebelah kiri dan domain yang paling penting di sebelah kanan . Nama-nama domain Internet ditukar oleh perisian ke dalam bentuk yang boleh difahami secara dalaman, iaitu bentuk nombor. Nombor ini biasanya terdiri daripada 4 nombor 0 hingga dipisahkan oleh titik-titik.

Contohnya: 202.188.2.98 -www.johor.com.my.

Ini dipanggil satu "tupel". Selain daripada menggunakan nama domain,anda juga boleh menulis URL dengan menggunakan tupel tetapi untuk sebab-sebab teknikal yang tertentu, ini bukanlah cara yang baik. Anda patut sentiasa menggunakan nama domain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2004 12:05 PM | Show all posts
Sejarah Internet.
Internet merupakan satu rangkaian sedunia komputer yang tersambung bersama menerusi talian telefon. Asal usul Internet bermula semasa Perang Dingin. Satu rangkaian telah dicipta untuk menyambungkan semua komputer tentera di sekitar Amerika Syarikat supaya sekiranya tercetus serangan nuklear, mesin tentera Amerika Syarikat masih dapat berfungsi. Mesin-mesin ini disambungkan melalui talian telefon. Dua mesin yang pertama telah disambungkan pada akhir tahun 1969.

Di Malaysia. Internet terlancar pada tahun 1987 apabila Institut Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) memulakan Rangkaian Komputer Malaysia atau Rangkom. Kemudian rangkaian Jaring yang diperkembangkan daripada RangKom dilancarkan pada tahun 1990. seterusnya pada tahun 1996, Telekom Malaysia pula menyediakan perkhidmatan Internet melalui TMnet.


Apa itu INTERNET,INTRANET dan EKSTRANET
Internet bukanlah satu fenomena baru. Jaringan ini diasaskan oleh sekumpulan komputer yang di hubungkan bersama-sama dalam tahun 1960an sebagai projek Agensi Projek Penyelidikan Termaju (ARPA) oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Pada peringkat permulaan,ARPA menghubungkan empat komputer kerangka utama yang terletak di Stanford Research Institute,University of California di Los Angeles,Iniversity of California di Santa Barbara, dan University of Utah

Matlamat asal ialah untuk menghasilkan satu jaringan yang membolehkan proses pemindahan data yang selamat diantara komputer tentera yang terletak di tempat-tempat yang berbeza melalui beberapa laluan komunikasi yang berlainan. Keadaan talian komunikasi yang berulangan ini memang dijadikan sedemikian rupa supaya proses pemindahan data tidak terganggu sekiranya berlaku peperangan.

Oleh itu, fungsi komputer direka bentuk dalam keadaan tidak berpusat supaya tidak ada satu bahagian atau kawasan khusus yang dapat dimusnahkan ketika dalam suasana perang. Dalam tahun-tahun berikutnya lain-lain jaringan kerajaan dihubungkan kepada ARPANET dan keseluruhan jaringan tersebut membentuk internet.

Semenjak pertengahan 1980-an, satu agensi kerajaan Amerika Syarikat yang dinamakan National Science Foundation (NSF), dan lain-lain badan kerajaan diberi kuasa mengawal capaian kepada internet. Semasa perkembangan awal sejarah internet , jaringan ini tidak digunakan dan tidak pernah direka bentuk untuk kegunaan komerS***. Ini disebabkan pembanguna internet dibiayai oleh bantuan kewangan sepenuhnya dari NSF dan lain-lain agensi kerajaan.

Definasi paling mudah internet ialah kumpulan jaringan komputer. Dengan kata lain, banyak jaringan bersama-sama membentuk satu jaringan besar.


Intranet
Apabila internet sudah bertapak kukuh,timbul pula ' anak' kepada internet. Teknologi yang diasaskan kepada teknologi dan topologi internet tersebut dinamakan intranet. Ia merupakan rangkaian dalaman bagi organisasi,termasuk penggunaan rangkaian setempat ( Local Area Network - LAN) dan rangkaian kawasan luas (Wide Area Network -WAN)

Intranet dibangunkan menggunakan sepenuhnya kemudahan yang dibawakan oleh internet dan tetap menggunakan TCP/IP sebagai protokol utama proses komunikasi Pihak atau pelayar internet luar lingkungan rangkaian intranet tidak boleh mencapai rangkaian dan kandungan didalamnya. Keselamatan intranet ini dilindungi oleh penghadang keselamatan yang dinamakan firewall,iaitu gabungan perkakasan dan perisian yang menghalang capaian pihak luar yang tidak mempunyai kuasa capaian

Segala urusan pejabat yang dilaksanakan menggunakan kertas masa kini boleh ditukar secara elektronik dengan wujudnya intranet. Permohonan cuti tahunan, cuti sakit , penempahan kenderaan pejabat, tempahan peralatan IT, penempatan bilik mesyuarat dan miniman, tempahan alat tulis dan seumpamanya boleh dilakukan secara elektronik.

Pastinya kos dapat dijimatkan melalui kurangnya penggunaan kertas. Dokumen penting berkenaan pekerja seperti, dasar penilian prestasi, dasar kenaikan pangkat, perolehan bahan di perpustakaandan banyak lagi.


Ekstranet
Selain internet dan intranet, terdapat satu bidang teknologi yang semakin mendapat tempat dikalangan bisnes hari ini, iaitu ekstranet. Bagi kalangan penggalak teknologi maklumat IT, ekstranet telah menjadi salah satu bidang yang hangat dibincangkan.Ekstranet dikatakan akan meningkatkan nilai pelaburan dalam teknologi berkaitan Web bagi syarikat terbabit.

Ekstranet sebenarnya satu rangkaian menggunakan World Wide Web (WWW) dan intranet dalam menguruskan rantaian pembekal serta rakan niaga. Rantaian pembekal adalah penting dalam proses bisnes yang menghubungkan pengeluar, peruncit, pelanggan dan pembekal.Rantaian yang membentuk satu rangkaian untuk membangunkan dan menghantar produk tersebut membentuk satu organisasi maya tersendiri.

Objektif akhir ekstranet ialah untuk meningkatkan keuntungan melalui pengenal pastian pengerak produk yang dihasilkan yang bermula dari barisan pengeluar sehingga sampain ke tangan pelanggan. Cara sebegini akan menyediakan petunjuk awal terhadap turun naik permintaan dan dapat menyediakan koordinasi proses bisnes merentasi sebilangan organisasi yang saling bekerjasama.

Ekstranet merupakan elemen terpenting dalam membangunkan konsep perdagangan elektronik (e-elektronik). Intergrasi e-dagang dan ekstranet dapat mengubah kaedah bisnes dilaksanakan secara dalaman dan bisnes bekerja antara satu sama lain dalam kaedah yang lebih efektif
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.068334 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list