|
Oleh : TS LOO
sumber foto: http://newsinfo.inquirer.net/
Hari ini, New Zealand dilanda gegaran gempa bumi yang kuat dengan berukuran 7.1 magnitud, namun amaran tsunami tidak dikeluarkan.
Dalam satu kenyataan, Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gegaran itu berlaku pada kedalaman 30 kilometer di pesisir pulau utara negara itu, kira-kira 167 kilometer daripada Gisborne.
Namun, Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak mengeluarkan amaran susulan gempa itu dan setakat ini masih belum ada laporan kematian.
New Zealand terletak di atas sempadan kerak bumi Australia dan Pasifik yang membentuk Lingkaran Api Pasifik dan mengalami sehingga 15,000 gegaran setiap tahun. - CARI
sumber info: newsinfo.inquirer.net |
|