CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1504|Reply: 1

Wayne Rooney Masih Sebagai Kapten Skuad England

[Copy link]
Post time 30-8-2016 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO



sumber foto: http://www.bbc.com/





Wayne Rooney akan kekal sebagai kapten skuad kebangsaan England menjelang kempen kelayakan Piala Dunia 2018.


Demikian yang dinyatakan oleh pengendali baharu Sam Allardyce berhubung penyerang 30 tahun itu yang juga menjadi kapten untuk Manchester United, menerajui skuad England sejak dua tahun lalu.


Bagaimanapun ini kali pertama dia akan memakai lilitan kapten di bawah kendalian Allardyce yang akan melancarkan kempen mara ke Piala Dunia di Russia dengan perlawanan menentang Slovakia di Trnava.


"Rekod Wayne membuktikannya. Dia adalah pemain paling senior dalam skuad dan cukup dihormati rakan sepasukan. Semua faktor ini menjadikannya sebagai pilihan paling tepat untuk menerajui pasukan."


Pengendali sebelumnya, Roy Hodgson turut menjadikan Rooney sebagai kapten bermula Ogos 2014 selepas Steven Gerrard bersara daripada arena antarabangsa sebaik tamat Piala Dunia di Brazil.- CARI







sumber berita : http://www.bbc.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2016 12:43 PM | Show all posts
Cpt mase berlalu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.375471 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list