CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1558|Reply: 5

Pemantauan Dipertingkatkan Bagi Cegah Penularan Virus Zika- KKM

[Copy link]
Post time 29-8-2016 10:08 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO

sumber foto: http://www.sabc.co.za/



Susulan Sabtu lalu, Kementerian Kesihatan Singapura memaklumkan seorang warga Malaysia berusia 47 tahun dijangkiti virus Zika selepas mendapat rawatan akibat demam, ruam dan konjunktivitis sejak 25 Ogos lalu.


Kementerian Kesihatan negara kita telah diberi arahan meningkatkan pemantauan di dua pintu masuk utama melalui selatan tanah air berikutan pengesahan satu kes jangkitan Zika membabitkan rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di Singapura.


Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Noor Hisham Abdullah, kementerian akan mengedarkan risalah mengenai pencegahan jangkitan Zika di dua pintu masuk sempadan Malaysia-Singapura.


Tambah beliau, sekumpulan paramedik turut akan ditugaskan di pintu masuk bagi menguruskan perkara selanjutnya jika terdapat pelawat yang menunjukkan tanda jangkitan.


Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan kes wanita Malaysia yang dijangkiti virus Zika di negara itu adalah jangkitan tempatan yang mana pesakit tidak mempunyai sejarah melawat ke negara yang dijangkiti virus berkenaan dan setakat ini sebanyak 41 kes disahkan berlaku.


Tambah beliau, kementerian akan sentiasa berhubung rapat dengan Kementerian Kesihatan Singapura untuk lebih memahami situasi dan mendapatkan maklumat terkini mengenai jangkitan virus Zika berkenaan.- CARI




sumber berita: www.bharian.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2016 10:14 AM | Show all posts
Semlm baca one of yg kena jangkitan di singapura malaysian lady. Dkt area anak saya tggl je ada 41 cases of locally transmitted. Malaysia tak de lagikan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 10:21 AM | Show all posts
arasham replied at 29-8-2016 10:14 AM
Semlm baca one of yg kena jangkitan di singapura malaysian lady. Dkt area anak saya tggl je ada 41 c ...

Anak ko memang pembawa penyakit...mana sahaja dia duduk.......disitu le penyakit mai....

Wakakaakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 05:03 PM | Show all posts
terkejut gak baca yang kat singapore dah ada yang kena..  harap sangat tak menular hingga ke Malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 09:22 AM | Show all posts
harap jangan la menular ke malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 09:47 AM | Show all posts
Petanda krisis ekonomi nak datang ke ni?? pattern serupa epidemic + krisis ekonomi 1997-98???
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.058768 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list