CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2871|Reply: 18

Zulfadli Patut Sertai BAM Jika Mahu Beraksi Di Olimpik Tokyo 2020 - Hafiz Hashi

[Copy link]
Post time 27-8-2016 03:46 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ

Zulfadli Zulkiffli dan bekas pemain perseorangan kebangsaan, Muhamad Hafiz Hashim (gambar kecil). - Foto Goh Thean Howe




Bekas pemain perseorangan kebangsaan, Muhamad Hafiz Hashim menyarankan Zulfadli Zulkifli menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) jika mempunyai impian untuk beraksi pada Olimpik Tokyo 2020.


Juara Seluruh England 2003 itu, berkata hanya badan induk itu mampu menyediakan segala kemudahan yang diperlukan pemain bagi melakukan persiapan menghadapi persaingan di tahap tertinggi berbanding bergerak secara profesional.


"Di BAM semuanya lengkap. Ada rakan sepelatih, jurulatih yang berpengalaman, program latihan sistematik, khidmat sains sukan dan peluang menyertai kejohanan yang lebih tinggi.


"Sepanjang berada di luar, tidak banyak keputusan positif atau kejayaan dihasilkan Zulfadli, jadi dia sepatutnya menyertai BAM," kata Hafiz ketika dihubungi, semalam.


Hafiz yang pernah bersama Kelab Nusa Mahsuri turut menyertai BAM selepas itu dan terbukti keputusannya tepat apabila menamatkan penantian selama 50 tahun negara dengan menjadi juara Seluruh England pada 2003.


Katanya, sudah tiba masa Zulfadli yang juga bekas juara remaja dunia 2011 membuat keputusan sendiri untuk menentukan hala tuju kerjayanya tanpa dipengaruhi mana-mana pihak termasuk ahli keluarga. Pemain berusia 23 tahun itu ketika ini dilatih oleh bapanya sendiri, Zulkifli Sidek.



Perkembangan yang semakin baik buat skuad badminton negara terbukti dengan kemenangan Datuk Lee Chong Wei serta pasangan badminton beregu negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan pasangan V.Shem-Wee Kiong yang menghadiahkan 3 pingat perak buat negara dalam kejohanan Sukan Olimpik 2016 yang di adakan di Rio baru-baru ini. - CARI.






Sumber - BeritaHarian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2016 04:52 PM | Show all posts
so sekaraNG BERLatih dengan bapa sendiri saja?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 04:56 PM | Show all posts
ini la contoh terbaik untuk istilah "bodoh sombong"
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 05:05 PM | Show all posts
Juara remaja 2011, ni dah 2016...so dlm 5 tahun tu buat apa? Membazir bakat...kalau bangsa lain go with the flow yg penting kau ke depan..kaya raya...ni lah melayu sentimental lebih...lepas tu meroyan bila bangsa lain lebih dominan
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
apak tu yg rasa setaraf coach international  level...bdk ni ada 2 lg adik beradik dlm bidang ni.... X kemana laa jawab nye selagi bwh keti apak.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 27-8-2016 05:05 PM
Juara remaja 2011, ni dah 2016...so dlm 5 tahun tu buat apa? Membazir bakat...kalau bangsa lain go w ...

Geng dia si axelsen tu dia siap menang pingat gangsa olimpik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2016 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
jengkoil replied at 27-8-2016 05:09 PM
apak tu yg rasa setaraf coach international  level...bdk ni ada 2 lg adik beradik dlm bidang ni....  ...

Apaknya pun tahap anak sidek  bukan taraf misbun or rashid
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 05:37 PM | Show all posts
latest pix kt insta, dia ltk caption " you know my name, not my story. you've heard what i've done, but not what i've been through!".  mcm nak bagitau xyah nk suruh2 dia msuk BAM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2016 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin sbb krisis BAM dulu kot. Ada lah tu sbb kenapa dia tak masuk BAM
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah la gemok, muka masam, eksyen pulak.booooo
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
chacon replied at 27-8-2016 06:49 PM
memang BAM pilih bulu ke macam mana?

Rasanya diorang mcm pilih kasih jgk . Tahun lepas buat perbincangan n bapak zulfadli ni mmg bgtau anak dia belum ada rancangan nak join BAM ni. Then awal tahun haritu nama zulfadli ni terkeluar dari squad Thomas cup. yg terpilih masa tu budak ranking lg lower dari dia. Lagi la dia tak puas hati
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
xde give and take daripada both side barangkali..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 08:41 PM | Show all posts
sembang lebat jek budak ni

tgk iskandar tu masuk thomas cup pun tak de sape kenal, tp dia pulun kalahkan rmi pemain single ternama

time dia jd juara dunia dulu dia kalahkan victor axelsen
tp victor axesen tu lak menang gangsa olimpik, dia lak tak kemana
org yg sombong mmg akn rugi
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 09:21 PM | Show all posts
Biarlah dia dengan bodoh sombong dia tu...
Ramai lagi pemain dalam BAM yang lebih baik dari dia...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
betul..ni la dia kalau semuanya dia yang betul.. x rebut peluang yang ada, cepat sangat sentap!
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 11:18 PM | Show all posts
bit replied at 27-8-2016 05:32 PM
Geng dia si axelsen tu dia siap menang pingat gangsa olimpik

Sayangnya...muda2 ni la nk rebut peluang...kenapa bapak dia taknak join bam? Sebab terikut anak2 sidek tu ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2016 03:08 PM | Show all posts
buang keruh ambik jernih..

budak omputih yang ko kalahkan masa final tahun 2011 tu sekarang dah jadi orang ketiga terhebat olimpik dan disebut2 sebagai antara generasi baru untuk menyambung sengketa dua juara. kalau dulu lee chong wei - lindan, next akan jadi axelson - chen long.

yang ko ni? masih dibuai2 kemenangan tahun 2011? di mana ko sekarang? ada bakat, gunakanlah sebaik2nya
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang kalau tak join bam x dapat masuk olimpik ye
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 10:53 AM | Show all posts
IT'S ALL ABOUT MONEY $$$$$.
Hafiz dulu pun keluar sbb duit jugak.
BAM patut bagi elaun latihan RM40k sebulan. Serapkan Bapak dia jadi coach or gaji RM60k sebulan.
Next Year Sure Gold Medal Sukan SEA, Gold ASIAN Games, Jadi World Champion, All England, Gold olimpik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.043040 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list