View: 4915|Reply: 35
|
Jangan Benarkan Anak Hadir Ke Sekolah Sekiranya Menghidap 'HFMD'- Dr.Hilmi
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: www.bharian.com.my
Berikutan terdapat peningkatan kes dalam statistik penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD), Kementerian Kesihatan meminta ibu bapa dan penjaga tidak membenarkan anak mereka yang menghidap HFMD hadir ke sekolah bagi mengelakan jangkitan.
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, golongan ibu bapa harus bertindak lebih peka terhadap keadaan kesihatan anak masing-masing.
"Wujud kebimbangan berlaku penularan dalam kalangan murid kerana ia boleh merebak dalam pelbagai cara."
"Antaranya menerusi benda disentuh murid yang menghidap penyakit itu kepada murid lain."
Pihaknya boleh mengarahkan penutupan sementara sekolah atau pusat asuhan kanak-kanak yang dikesan dilanda penularan wabak itu, tambah Dr. Hilmi.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan belum ada sekolah atau pusat asuhan diarah berbuat demikian.- CARI
sumber foto: www.bharian.com.my
sumber info: www.bharian.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
Kementerian kesihatan kena jelas dalam hal ini.
Kementerian biasanya akan keluarkan kurantin selama 14 hari jika anda tanda2 penyakit ni pada kanak2. Cuma masalahnya, ada ibu bapa yg takde siapa2 kat rumah, dan terpaksa "dikuarantin' bersama anak2 yg terkena jangkitan. Surat kuarantin tu tak diterima sebagai pelepasan. Ibu atau bapa terpaksa ambik cuti atau cuti tanpa gaji.
Mau tak mau ada sesetengah ibu bapa yg terpaksa ingkar. Ya la, dok rumah, dapur tak berasap |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
TT ..
Sangat bagus buka thread macam ni
Tapi ..
Mohon TT tulis / tepek cara mengenali penyakit ini .. perbezaan nya dengan ruam panas
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak I pernah kena masa umur 5 tahun.Ada demam sikit, tapak kaki ada bintik2 merah.
Ulser di mulut tapi anak I punya tak serius kata doktor.
Masuk wad hospital doktor galakkan beri makan aiskrim.
Tadika kena inspect, tapi tak sampai kena tutup.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
zach2008 replied at 26-8-2016 04:53 PM
Kementerian kesihatan kena jelas dalam hal ini.
Kementerian biasanya akan keluarkan kurantin selama ...
Of cos la tiada pelepasan. Waima anak koma di hospital pun tkde pelepasan ni kan plak kuarantin. Tu tanggungjawab ibu/bapa la kene ambik cuti takkan nak burden pada company jugak utk memberi cuti percuma. Sudahla cuti beranak 90 hr nk mintak tambah lagi sampai setahun, ni nak tambah lg cuti. Sudahnya ko duduk aje dirumah tkyah keje. |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 26-8-2016 05:19 PM
Terimakasih kak untuk pengkongsian ini
Makna nya kita kalau sekada ...
Anak buah i juga penah kene. And mmg tanda2 nya demam, bintik2 dkt tgn n kaki n ulser dlm mulut yg byk. Sampaikan diorg tknak makan sbb sakit bila makanan masuk mulut. Teori paling berjaya mmg bg aiskrim bila bende sejuk masuk dlm mulut ulser2 dimulut mengecut n kebas then depa bole makan sikit2. So tkdela kelaparan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kadang2 parents tak sedar pun anak kena hfmd sebab tak perasan ulcers kat mulut & bintik2 kat tapak kaki tangan.. By the time tahu anak kena hfmd masa tu dah terjangkit ke budak lain.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
satu sekolah kt shahalam dah diarahkan tutup smpi 2 sept, berdasarkan peningkatan kes . |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah dgr sendiri rintiha. Seorg ibu pada doktor kat kk, ank dia ada infection teruk, dah masuk 6 hari. Doc nak suh ank dia admit n mak ni minta MC sbb nak hantar ank ke hospital, katanya itu kali ke dua dtg, blood test sume dah buat. Baby pun sian sangat tgk. Saya dlm bilik doc tu juga, biasalah kan kk. Doc mmg tak boleh bagi MC sbb ank yg sakit bkn mak, hadoilah kalau maknya tak dpt mc cam ne nak urus gi sepital.. Geram pun ada.. Sian betul tgk..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ANAK anda mengalami demam panas. Dia juga menjadi seorang yang cukup cerewet dan sering menangis. Air liurnya meleleh dan dia tidak berselera untuk makan serta minum.
Keadaan tersebut merupakan gejala-gejala biasa bagi masalah sakit kerongkong, mahu tumbuh gigi dan juga jangkitan telinga. Bagaimanapun, salah satu daripada kumpulan simptom ini yang biasanya terlepas pandang iaitu, ulser mulut, merupakan antara tanda utama penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Dalam keadaan cuaca semasa yang panas dan kering, bibir melepuh mungkin disilap tafsir sebagai kesan kekurangan air, sekali gus menyebabkan segelintir ibu bapa memandang ringan tanda-tanda berkenaan.
Maklumat berikut diharap dapat menyingkirkan sesetengah salah tanggapan, rasa panik serta kekeliruan yang berkaitan dengan ciri-ciri penyakit HFMD seperti mengaitkannya dengan penyakit kuku dan mulut (HMD) yang menyerang binatang ternakan seperti lembu dan biri-biri.
Pakar Runding Pediatrik (kanak-kanak), Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, Kelantan, Dr. Mazidah Abd. Rasid berkata, HFMD adalah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus.
Tambahnya lagi jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempoh lima hingga tujuh hari.
Menurutnya, terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan HFMD dengan virus yang biasa adalah Coxsackie A16, yang mencetuskan endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap yang sederhana.
Kadangkala, terdapat jenis kuman virus lain seperti virus coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus polio, virus coxsackie dan echovirus.
HFMD merupakan penyakit berjangkit sederhana. Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan lelehan yang keluar daripada hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini.
Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Ia tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang.
.http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/6858-hfmdpenyakit-jangkitan-virus.html
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Budak2 ni demam sikit sekalipun kena rajin membelek.Tak boleh sekadar tengok.Iolls jenis mak yang tak berapa gemar beri anak ubat jika sakit sikit.
Kalau dia rasa demam, badan panas, iolls turunkan suhu badan cara tradisional dulu
Sambil2 tu belek satu badan dia kalau2 ada tanda yang mencurigakan.
Dah masuk hari kedua demam baru pergi klinik.
Budak2 ni iolls tak berani simply bagi ubat demam/panadol bagai dari farmasi.
Dah company provide medical benefit, ambil ubat doktor aje.
Oh, iolls bukan mak antivac tau.
Nanti ada pulak yg suspek sbb tak bg anak makan ubat.
|
|
|
|
|
|
|
|
ah ..
ada satu tambahan lagi untuk d perhati
jarang demam biasa sampai banyak ulser kan..
ruam2 tu biasa
@spiderman80 mohon sudi bagi tacang lebih kat @aHoi83 dan @sarahmirza untuk info yang berguna ni
Terimakasih
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian nya baca ..
susah nya bila dua-dua parents bekerja dan tak dapat ambil cuti / tak ada cuti bila anak memerlukan
|
|
|
|
|
|
|
|
kdg2 kite pon xsgka dia kena sesuatu penyakit... |
|
|
|
|
|
|
|
Aah sekolah anak I pun diarahkan tutup bermula hari ini hinggalah 19.09
05.09 exam UPSR so sekolah cuba kurangkan jangkitan.
setakat minggu ni tak silap 6 buah kelas ada HFMD.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mohon sudi bagitau camne cara traditional untuk turun kan panas demam tu sis
FC cuma tau lap .. lap badan tu ja .. lebih-lebih lagi celah ketiak .. kat memana pelipat badan la kira nya.
Alahai .. bukan antivac pun kalau berhati-hati bagi ubat kat baby ha
dah memang betul pun camtu kan ..
Kena tau awal-awal hal ni.. persediaan untuk kalau ada anak nanti2
|
|
|
|
|
|
|
|
Jgn anta ke sekolah?parent ank demam nk pengsan muntah bagai pun anta lg ank ke sekolah.sbb xde org jge kt umah. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 26-8-2016 07:27 PM
okay
HFNM
okay
kat sini ada link on INFECTION CONTROL - kebersihan tangan / kepentingan cuci tangan sebab penyakit ni mudah berjangkit so salah satu cara mencegah adalah dengan menjaga kebersihan
sila baca kalau ada masa ye m/s 8-12 tu ( penting ni kena tahu )
menyatakan kepentingan hand hygiene
i think care homes, NURSERY boleh ambik panduan ni
https://www2.rcn.org.uk/__data/a ... 8/427832/004166.pdf
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|