View: 2293|Reply: 9
|
3 Maut 3 Cedera, Pembunuhan Sekeluarga Angkara Najis Dadah Lagi!
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Apa yang berdendam sangat? Sekeluarga ditemukan mati dipercayai akibat dibunuh di rumah mereka di Kampung Bertam Malim.
Menurut laporan, pembunuhan kejam tersebut berlaku awal pagi tadi iaitu sekitar jam 6.30am.
sumber foto: Oriental Daily News
Disyaki punca kejadian adalah kerana anak angkat yang merupakan seorang penagih dadah, akibat gagal meminta wang telah mencetuskan kemarahannya sehingga bertindak bunuh enam anggota sekeluarga dalam keadaan mengamuk.
Akibatnya tiga orang daripada keluarga tersebut maut, manakala dua orang yang lain cedera parah dan seorang lagi hanya mengalami cedera ringan.
Difahamkan, ketiga-tiga mangsa yang menemui ajal adalah merupakan lelaki yang berusia 62 tahun, 70 tahun dan seorang wanita yang berumur 22 tahun.
Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din, pihak polis telah menahan seorang suspek lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu di Masjid Bukit Rambai kira-kira pukul 11 pagi tadi dan yakin dapat menyelesaikan kes itu dengan penahanan tersebut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - CARI
sumber foto: Oriental Daily News
sumber info: www.mstar.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
merengkok la kau dalam penjara |
|
|
|
|
|
|
|
Isap ice lagi. Mmg akan jd pembunuh akhirnya |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada... tiga sekeluarga mati di tetak... |
|
|
|
|
|
|
|
tiga sekeluarga mati di kelar... |
|
|
|
|
|
|
|
tiga sekeluarga mati di kelar... |
|
|
|
|
|
|
|
Kurang ajar..dh ler setakat ank angkat jer pun |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih sangat dengar berita ni..aihh |
|
|
|
|
|
|
| |
|