|
Oleh : Dean BZ
Pelakon Sharnaaz Ahmad amat mengharapkan hubungan dengan kekasih hatinya, Noor Nabila yang juga merupakan kakak Neelofa, akan berakhir ke jenjang pelamin.
Memetik dari portal hiburan ROTIKAYA, Sharnaaz menjelaskan bahawa sudah tiba masanya untuk dia menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya selewatnya pada tahun hadapan.
“Apa yang saya harapkan bila berumur 31 tahun, orang kata sudah banyak pencapaian yang saya dapat dari segi lakonan, kepercayaan produser, anugerah pun dah ada, Alhamdulillah”
“Sekarang ini sudah sampai ke arah lebih kepada kekeluargaan. Insya-Allah, sekarang ini kalau ada rezeki umur 31 ini saya pun sudah teringin untuk mendirikan apa yang perlu didirikan”
“Tapi saya tak boleh bagi kata putus sebab saya kena ikut protokol, kebudayaan serta berbincang dengan ahli keluarga terlebih dahulu. Kalau ada rezeki dan tiada halangan, saya teringin mendirikan rumah tangga pada tahun depan,” katanya kepada Rotikaya.
Tambah Sharnaaz, dia juga yakin bahawa Nabila mampu menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak-anak mereka kerana sikap kekasihnya itu yang yang bijak, sangat tegas, dan tahu apa yang diinginkan serta apa yang diperlukan.
Bintang drama Suamiku Encik Sotong itu mula mengenali Noor Nabila sejak Julai tahun lalu dan mereka berdua juga pernah putus cinta "seketika". - CARI
SUmber foto - Instagram
|
|