CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1604|Reply: 0

Rayuan Kerajaan Ditolak Berhubung Kerosakan Harta Benda Ketika Bersih 3

[Copy link]
Post time 24-8-2016 09:20 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO



sumber foto: http://4.bp.blogspot.com & aeshahadlina.files.wordpress.com



Rayuan kerajaan dalam saman sivil difailkannya terhadap jawatankuasa pemandu Bersih berhubung kerosakan ke atas harta benda awam dalam perhimpunan Bersih 3 pada 2012 ditolak Mahkamah Rayuan kelmarin.


Dalam keputusan sebulat suara, panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Rohana Yusuf mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 30 Jan tahun lepas yang menolak saman kerajaan bagi menuntut ganti rugi.


Beliau berkata mahkamah mendapati tiada peruntukan dalam Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang secara jelas menetapkan hak kerajaan untuk membuat tuntutan.


Katanya Seksyen 6(2) PAA tidak mewujudkan “satu hak tuntutan sivil oleh kerajaan" dan kerajaan persekutuan pada masa sama juga tidak diberikan hak untuk menyaman bagi kecuaian di bawah undang-undang lain.


Terdahulu, kerajaan menyaman jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, termasuk bekas pengerusi bersama Bersih Datuk S. Ambiga dan 14 anggota jawatankuasa itu.


Dalam saman sivil difailkan pada 15 Mei, 2012, kerajaan mendakwa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April, 2012 telah mengakibatkan kerosakan harta benda awam dan menuntut ganti rugi khas sebanyak RM110,543.27, sebagai kos untuk membaiki kenderaan polis yang rosak.


Di luar mahkamah, Ambiga berkata Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa di bawah PAA, kerajaan tidak boleh menyaman bagi ganti rugi dan menurutnya keputusan itu merupakan keputusan penting.- CARI





sumber berita: Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.493805 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list