|
|
oleh Adib Za
Siapa yang tak tertawan dengan keenakan rasa sos Thai? Rasanya yang manis dan pedas, sangat sesuai dicicah dengan apa sahaja.
Ini termasuklah ayam goreng, sotong bakar, kuih cucur udang dan sebagainya.
Kali ini, kita beri sedikit kelainan dengan menambah buah nenas agar memberikan elemen tropika dan sedikit masam dalam sos.
Pasti membangkitkan selera. Jom cuba!

Bahan:
1 cawan nenas (dipotong kiub)
2 cili merah
2 cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
4 ulas bawang putih
3/4 cawan air
2 sudu besar cuka
jus 1 biji limau nipis
1/2 cawan gula
1/2 sudu besar garam
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar air
Cara-cara:
Kisar nenas, cili, bawang putih dan air.
Masukkan ke dalam periuk. Masukkan pula cuka, jus limau nipis, garam dan gula. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Perlahankan api.
Campurkan tepung jagung ke dalam air. Kacau sebati. Masukkan ke dalam periuk. Kacau sehingga sos memekat lebih kurang seminit.
Setelah sejuk, bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara. - CARI
Sumber: Facebook Resepi Sedap |
|