View: 2133|Reply: 3
|
Cayalah! Diangkat Jadi Jurulatih Taekwando, Bukan Penghalang Buat Remaja Autisme
[Copy link]
|
|
oleh Adib Za
Jangan disangka yang kelainan upaya itu tidak mampu berjaya dalam bidang sukan. Ini apabila seorang remaja autisme menjadi remaja OKU pertama di Malaysia yang menerima kelayakan kejurulatihan taekwando!
Wuhu! Bukan sebarangan ya, remaja 17 tahun itu Afif Zahiruddin kini merupakan pembantu jurulatih di SEN Master Academy dan dalam persediaan untuk mengambil ujian peringkat kedua tali pinggang hitam.
Afif telah mengidap autimes sejak usia 6 tahun lagi, menurut bapanya Rohaiza Abdul Wahab.
"Afif yang mempunyai sindrom autism Asperger sebelum ini memang kurang fokus, cepat marah, tidak tahu duduk diam.
"Tetapi dengan kaedah dari Master Khaldun, dia mendapat tunjuk ajar dan dorongan sehingga berjaya mendapat tali pinggang hitam selepas 6 hingga 7 tahun menyertai seni mempertahankan diri taekwondo," kata Rohaizan kepada Astro Awani.
Manakala, bagi Afif sendiri dia berasa bangga dan juga bersyukur kerana menjadi jurulatih taekwando adalah cita-citanya.
"Saya harap semua dapat memahami taekwondo bukan setakat mempertahankan diri, tetapi juga membina keyakinan diri," katanya yang turut berhasrat membantu golongan OKU yang lain. - CARI
Sumber: Astro Awani
Foto: Litefm
Foto: Thevocket
|
|
|
|
|
|
|
|
cayalah dik.. |
|
|
|
|
|
|
|
sama-sama kita meriahkan |
|
|
|
|
|
|
| |
|