Kebiasaannya, wanita hamil mengambil masa selama 9 bulan untuk melahirkan anak yang dikandungkan oleh mereka. Tempoh tersebut merupakan tempoh normal pada setiap manusia di dunia ini. Terdapat satu kejadian di Hunan, China di mana seorang wanita sudah hamil 17 bulan dan masih belum masa untuk bersalin.
Wanita hamil tersebut bernama Wang Xi berkata, bulan yang sepatutnya beliau melahirkan anaknya adalah pada 15 November 2015 namun selepas pemeriksaan doktor mengesahkan beliau masih belum tiba masa lagi untuk melahirkan anak tersebut.
Saya sendiri malu kenapa saya mengandung begitu lama. Sudah 30 kali pemeriksaan dilakukan numun tetap tidak boleh melahirkan anak tersebut..
Beliau pernah meminta doktor membuat pembedahan Cesarean pada bulan ke 14 tetapi doktor menolak hasrat tersebut atas alasan kandungan masih belum matang. Beliau dan suaminya hilang sabar tetapi doktor menasihatkan beliau bertenang dan tunggu bila tiba masanya itu.
Menurut dunia perubatan, wanita yang paling lama mengandung pernah dicatatkan di dunia adalah 13 bulan tetapi kes Wang Xi merupakan satu kes luar biasa dalam dunia perubatan yang mampu mengandung selama 17 bulan.
|