View: 3409|Reply: 7
|
Buat 'Protein Treatment' Untuk Rambut Cara Paling Bajet!
[Copy link]
|
|
oleh Adib Za
Tahukah anda rambut memerlukan sumber protein yang mencukupi untuk kekal lembap, bersinar dan kuat.
Sebab itu banyak salon rambut yang menawarkan 'protein treatment' untuk membantu rambut cantik dan juga sihat.
Namun, kos membuat rawatan protein bukanlah murah sangat untuk dilakukan dengan kerap kan! Tak mengapa, di bawah ini kami berikan cara membuat rawatan protein dengan cara bajet!
Tetap cantik namun dengan harga paling bajet. Teruja tak?
1. Perapi protein
Pilihlah perapi yang berasaskan protein. Jika tidak tahu yang mana satu bagus, bertanyalah kepada orang di salon yang sering memberi rawatan kepada anda.
Selalu memakai perapi protein mampu membuatkan rambut semakin lembut, kuat dan bersinar. Ingat, pakai pada rambut bersih yang telah disyampu dan elakkan terkena pada kulit kepala.
2. Mayonis dan avokado
Telur merupakan sumber protein yang sangat baik dan jangan lupa mayonis kan dibuat daripada telur. Campurkan dengan buah avokado kerana kaya dengan lemak yang membantu rambut daripada rosak.
Caranya, campurkan dua sudu mayonis dengan separuh avokado yang dihancurkan. Kemudian sapu pada rambut hingga ke akarnya. Biarkan seketika dan bilas rambut hingga bersih.
3. Rawatan yogurt
Satu lagi bahan terbaik untuk rawatan protein ialah yogurt. Ia sangat bagus untuk mengembalikan protein yang hilang dari rambut anda dan melembutkan rambut kasar serta kering.
Sapukan ke seluruh rambut hingga ke akarnya, biarkan 20 minit dan bilas bersih. - CARI
Foto: Carian google
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu2 baca tenet ada jugak petua perap dgn kuning telur. Spray susu pun boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti balik nak beli yougurt lah.tq info. |
|
|
|
|
|
|
|
Pakai kepala santan 2 jam waktu malam .. lepas tu basuh dgn air. Esok paginya baru syampu |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|