View: 1770|Reply: 8
|
Anak Osama Ajak Gulingkan Kerajaan Pemerintah Arab Saudi
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
HAMZA, anak lelaki bekas pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden. - Foto - AFP
Konflik bersenjata yang melanda di Asia Barat dilihat semakin meruncing. Pergolakan di Palestin dan Syria juga telah mengorbankan beribu nyawa manusia yang tidak berdosa.
Terbaru, anak lelaki bekas pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden, menggesa rakyat Arab Saudi 'menumbangkan' pemerintah negara itu dalam usaha 'membebaskan' diri daripada pengaruh Amerika Syarikat, lapor Kumpulan Perisikan SITE.
Menurut SITE, dalam mesej audio tidak bertarikh, Hamza bin Laden, menyeru belia Arab Saudi menyertai pertubuhan al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) berpangkalan di Yaman untuk mendapat pengalaman penting berperang.
Dilabelkan Amerika sebagai francais paling bahaya rangkaian itu, AQAP dibentuk pada Januari 2009 sebagai penggabungan al-Qaeda cawangan Yaman dan Arab Saudi. Pegawai perisik Amerika berkata, Hamza, 23, ialah anak kesayangan bekas pemimpin al-Qaeda itu, yang dididik untuk mengambil alih tempat beliau sebagai tokoh tertinggi pergerakan berkenaan.
Sempena ulang tahun kelima pembunuhan Osama, pakar mendapati Hamza semakin popular dalam kalangan militan berbanding pemimpinnya ketika ini, Ayman al-Zawahiri. Pasukan tentera pakatan diketuai Arab Saudi memerang pemberontak disokong Iran di Yaman selain militan yang menyertai AQAP dan IS.
Pada 1994, Arab Saudi melucutkan kerakyatan Osama selepas beliau mengeluarkan fatwa, mengecam keluarga diraja Arab Saudi dan Washington.
Campur tangan Amerika Syarikat dalam pergolakan di Asia Barat sememangnya telah lama berlaku terutamanya dalam perang di Iraq. - CARI
Tentera Amerika Syarikat dalam perang Iraq
Sumber - AGENSI/BeritaHarian |
|
|
|
|
|
|
|
banyak sangat gerakan sampai mujahidin betul pun dilabel pengganas sejak wujudnya brand ISIS. bijak amerika punya propa |
|
|
|
|
|
|
|
fuck you al qaeda fuck you isis
different face of the same coin
the real black flags is arising in alliance with the christian. |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi...dh baligh ke blum, terus nak ajak perang2 |
|
|
|
|
|
|
|
shi_jewel replied at 18-8-2016 11:02 AM
Amboi...dh baligh ke blum, terus nak ajak perang2
Pak ereb ni kalau xde ancaman luar mcm yahudi israel ni diorg selalu bergaduh sesama sndiri |
|
|
|
|
|
|
|
RED 666 replied at 18-8-2016 11:10 AM
Pak ereb ni kalau xde ancaman luar mcm yahudi israel ni diorg selalu bergaduh sesama sndiri
Dari zmn jahiliyah dulu lagi perangai cmtu...
Tp iol g arab aritu, senonoh plak perangai diorg layan iol..mcm tak caya je org arab lemah lembut mcm pijak semut pun tak mati.... |
|
|
|
|
|
|
|
shi_jewel replied at 18-8-2016 11:12 AM
Dari zmn jahiliyah dulu lagi perangai cmtu...
Tp iol g arab aritu, senonoh plak perangai diorg la ...
Pak ereb mmg budaya dia kena layan tetamu dgn baik
Pasal gaduh sesama sndiri tu tgk kt palestin sndiri pun dh cukup, masa reda jap dgn yahudi lahanat tu hamas dn fatah bergaduh sesama sndiri |
|
|
|
|
|
|
|
Budak ni tak kena rogol dengan badsha bazi ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|