Musim durian tiba lagi, apa yang mesti tak ketinggalan ramai lakukan ialah menyimpan isi durian menjadi tempoyak kan?
Sememangnya terlalu banyak resipi berasaskan tempoyak yang sangat enak dan membuatkan perut buncit sekelip mata.
Tapi yang satu ini, kelebihannya boleh dibawa ke mana-mana dan tahan lama, jika disimpan dalam peti sejuk.
Sambal petai tempoyak ini, gabungan rasa pedas, lemak dan sedikit manis dan masin, sukar digambarkan keenakan masakan Melayu tradisi ini!
Sangat disyorkan makan bersekali dengan nasi panas atau pun dengan roti pun sodap! Nah, ini resipinya bagi anda yang kepingin sangat menyediakan sambal tempoyak ini. Selamat mencuba!
Gambar hiasan. Sumber Foto: Tiffinbiru.com
Bahan 1
Petai 4 papan
Setengah genggam ikan bilis
2 sudu besar tempoyak
2 sudu besar gula
Garam
Bahan 2
20 tangkai cili padi
3 ulas bawang merah
(Tumbuk semua bahan 2)
Cara-cara:
1. Tumis bahan 2 tadi hingga naik bau.
2. Masukkan ikan bilis.
3. Masukkan tempoyak dan air sedikit.
4. Masukkan petai. Masak dalam 5 minit.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sedia dihidangkan! - CARI