Edited by Syd at 16-8-2016 04:42 PM
Nasi dagang, keropok losong kini harta intelek Terengganu
16/08/2016 4:37pm
Oleh KASANABILAH KAMARUL ZAMAN
KUALA TERENGGANU - Tujuh produk tradisional negeri ini termasuk nasi dagang Terengganu dan keropok losong disahkan pendaftaran sebagai harta intelek oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) hari ini.
Ahli Lembaga Pengarah MyIPO, Ahmad Lai Bujang berkata, lima produk Terengganu lain yang turut digazetkan sebagai harta intelek di bawah kategori Petunjuk Geografi tersebut ialah bot Pulau Duyong, batik Terengganu, tembaga Ladang, ukiran kayu Besut dan keropok lekor Terengganu.
"Pendaftaran ketujuh-tujuh produk kebanggaan Terengganu tersebut sebagai harta intelek di bawah kategori Petunjuk Geografi yang menggunakan konsep pemilikan bersama dalam kalangan pengeluar produk berkenaan.
"Ia memberi hak eksklusif kepada pengusaha lokasi asal produk tersebut untuk membangunkan standard pengeluaran, pengurusan kawalan kualiti dan pemasaran lebih berkesan bagi tujuan pengkomersialan," katanya selepas menyerahkan Sijil Petunjuk Geografi berkenaan kepada Timbalan Pengerusi Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT), Iskandar Jaafar di sini hari ini. - K! ONLINE
/- dari abang @dinopower asik nak bergasak je ngan jodoh dia, si lava tu elok laa ramai-ramai makan kepok bagai segala. boleh jemput bang @kemaruk ramas mesra sekali.
Tahniah wat rakyat Ganu sbb dah register. tak sempat laaah orang lain nak claim itu dorang punye etc
|