CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2553|Reply: 25

perihal dana syariah

 Close [Copy link]
Post time 15-8-2016 04:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 15-8-2016 04:47 AM

PELOPOR SIMPANAN SYARIAH


DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI  |
  14 Ogos 2016



Satu lagi sejarah dunia terukir apabila Malaysia mempelopori inisiatif memperkenalkan skim simpanan Syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ini merupakan kali pertama sebuah kerajaan Islam membangunkan satu skim persaraan hari tua buat para pekerja berpandukan kepada prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang telah digariskan oleh syariah.

Yang dimaksudkan dengan simpanan patuh syariah sudah tentulah merujuk kepada seluruh aspek operasi dan pengurusan dana-dana para pencarum yang semestinya berteraskan kepada prinsip Islam.
Ini bermakna dana-dana simpanan yang dicarum para pekerja hanya boleh dilaburkan dalam portfolio-portfolio pelaburan atau sektor-sektor yang beretika dan halal dari sudut pandangan syarak. Sekali gus dividen yang terhasil daripada pelaburan adalah sah dan halal lantaran bebas daripada aktiviti-aktiviti urus niaga dan pelaburan yang diharamkan syariah termasuklah riba, industri arak, industri pemakanan yang tidak halal, perjudian dan apa sahaja industri yang tidak beretika dan jelas bertentangan dengan apa yang digariskan oleh al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.


Bukan itu sahaja kontrak antara pencarum dengan KWSP yang bertindak sebagai wakil atau pemegang amanah turut disandarkan kepada kontrak syariah yang pernah diperkenalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW khususnya kontrak yang diistilahkan sebagai ‘Wakalah Mutlaqah’.

Melalui kontrak ini pencarum bersetuju untuk menyerahkan dana caruman mereka kepada pihak KWSP yang bertindak selaku pemegang amanah atau wakil pencarum untuk dilaburkan dalam portfolio-portfolio pelaburan yang patuh syariah.
Seperkara penting yang membezakan antara skim simpanan syariah dengan skim lama bersifat konvensional ialah antara lainnya, syarat kontrak Wakalah tidak membenarkan KWSP memberi jaminan terhadap keuntungan yang bakal dijana.
Ini bermakna pencarum dan pemegang amanah (KWSP) mesti sentiasa bersedia untuk berkongsi untung mahupun rugi, sama ada pada waktu senang mahupun susah.


Semua aspek pengurusan dana-dana ini dipantau dan diaudit secara berterusan oleh barisan penasihat syariah yang berwibawa dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Merekalah yang menjadi sandaran para pencarum dan masyarakat umumnya agar dapat dipastikan setiap aspek operasi dan gerak kerja yang dilakukan atas nama ‘patuh-syariah’ benar-benar direalisasikan.


Sememangnya skim Simpanan Syariah KWSP amat dinanti-nantikan oleh ramai pencarum terutamanya dalam kalangan umat Islam. Sebab itulah bagaikan satu fenomena baru melanda negara apabila begitu ramai sekali rakyat berpusu-pusu mengambil peluang menukar skim KWSP mereka kepada skim simpanan syariah setelah dibuka pendaftarannya secara rasmi awal minggu lalu.


Menariknya bukan sahaja pencarum beragama Islam yang berminat terhadap skim tersebut, malah pencarum bukan Islam juga dilaporkan begitu teruja untuk menukar skim mereka kepada simpanan syariah.
Fenomena seperti ini bukanlah suatu yang asing di Malaysia kerana warga bukan Islam di negara ini sememangnya sudah lama terdedah kepada skim-skim pelaburan berasaskan syariah. Malah skim-skim simpanan dan pelaburan berasaskan syariah telah berjaya menarik minat kategori pelabur seperti mereka yang bukan sahaja mengutamakan keuntungan tetapi juga mahu wang mereka dilaburkan secara efektif dalam sektor-sektor beretika dan bermoral.
Perkembangan ini seiring dengan kepesatan pembangunan sistem kewangan Islam sejak lebih tiga dasawarsa yang lalu. Hakikatnya, Malaysia jugalah yang telah mempelopori dan menerajui sistem kewangan Islam di dunia. Institusi kewangan Islam pertama iaitu Tabung Haji telah mula beroperasi menyelenggara dan mengurus dana-dana secara patuh syariah sejak awal 1960-an.

Malah Malaysialah kerajaan pertama yang menggubal undang-undang perbankan Islam pada 1983 hingga terbentuknya Bank Islam komersial pertama di negara ini.

Sejak penubuhan Bank Islam, kerajaan Malaysia terus mengorak langkah membangunkan sektor kewangan Islam sehingga menjadikan negara ini sebagai satu-satunya negara di dunia masa kini yang mempunyai sistem kewangan Islam yang paling komprehensif dan bersifat menyeluruh meliputi pasaran perbankan, kewangan, pasaran modal dan takaful.

Bukan sahaja setakat pembangunan pasaran dan institusi, pelbagai intrumen dan produk kewangan Islam juga telah berjaya dibangunkan termasuklah instrumen yang tersohor masa kini dikenali dengan istilah sukuk iaitu intrumen kewangan alternatif kepada bon konvensional yang bebas daripada unsur riba dan perjudian yang diharamkan.


Sukuk pertama di dunia yang diinovasi dan diterbitkan oleh anak-anak tempatan pada 1986, kini merupakan antara instrumen utama dunia dalam menguruskan dana-dana yang bernilai ratusan juta bahkan berbilon-bilion.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2016 04:45 AM | Show all posts
Penerbitan sukuk dunia

Sehingga kini Malaysia masih diiktiraf dan merupakan pemain utama dalam menerbitkan pelbagai struktur sukuk yang banyak dimanfaatkan buat institusi-institusi yang ingin menguruskan portfolio-portfolio pelaburan mereka. Hampir 60 peratus penerbitan sukuk dunia kini dikuasai oleh Malaysia.


Kewujudan pelbagai instrumen yang bersifat inovatif seperti sukuk inilah yang akhirnya memungkinkan insitusi-institusi seperti KWSP dapat memperkenalkan skim simpanan persaraan yang patuh syariah. Ini kerana tanpa aset-aset pelaburan yang mencukupi adalah sukar bagi pengurus-pengurus dana menguruskan pelaburan mereka dengan berkesan dan memenuhi kehendak pelabur yang berorientasikan keuntungan.


Sebab itulah kejayaan KWSP memperkenalkan skim simpanan berteraskan syariah banyak bergantung dan dipengaruhi oleh komitmen kerajaan selama ini dalam membangunkan sistem kewangan Islam. Itu pun proses transformasi dan perubahan hanya berlaku setelah lebih 30 tahun pelbagai institusi, pasaran dan produk kewangan Islam diperkenalkan.

Inilah yang dipanggil pendekatan tadarruj atau dalam istilah bahasa Melayu iaitu evolusi atau pembangunan Islam yang dibuat secara beransur-ansur. Sememangnya kepimpinan tertinggi kerajaan Malaysia sentiasa mengambil pendekatan secara hikmah untuk melaksanakan agenda Islam melalui pendekatan tadarruj termasuklah dalam konteks pengurusan ekonomi dan kewangan.


Ternyata pendekatan melakukan transformasi secara beransur-ansur telah banyak mendapat pujian negara luar. Malah tidak sedikit ahli-ahli akademik antarabangsa yang menulis dan memuji model pembangunan Islam yang diperkenalkan kerajaan.
Pengalaman penulis ketika aktif dalam dunia kewangan Islam, sebelum terlibat langsung dalam bidang politik banyak menjelajah pelbagai negara sama ada negara umat Islam ataupun negara-negara bukan Islam bagi berkongsi ilmu dan membantu membangunkan pelbagai institusi yang mahu memperkenalkan produk-produk kewangan Islam juga menerima maklum balas yang hampir sama.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2016 04:45 AM | Show all posts
Setiap kali bertemu dengan delegasi luar pasti mereka akan memuji Malaysia dan menganggap negara ini sebagai model negara Islam yang progresif dan dinamik. Bagi kebanyakan orang, tanggapan mereka Malaysia telah berjaya memartabatkan syariat Islam kerana sikap kerajaan yang begitu akomodatif dan mendokong penuh agenda Islamisasi di negara ini.

Namun komitmen kerajaan sahaja tidak cukup untuk kita terus memartabatkan agenda Islamisasi di negara ini. Ini kerana dokongan setiap warga masyarakat amat mustahak bagi memungkinkan sebarang bentuk program dan agenda yang direncanakan mampu direalisasikan.

Demikian juga dengan skim Simpanan Syariah KWSP ini, kelangsungan dasar dan inisiatif seperti ini banyak bergantung kepada sokongan rakyat. Tanpa sokongan rakyat khususnya umat Islam, datanglah apa sahaja program yang bermatlamat untuk memenuhi tuntutan syariat, pasti tidak akan berjaya.



Moga-moga Malaysia akan terus subur dan maju menjadi negara yang inovatif dalam mempelopori dan menerajui pelbagai agenda Islamisasi dalam segenap aspek kehidupan demi mencapai kesejahteraan rakyat bukan sahaja di dunia bahkan sehingga ke akhirat.
PENULIS ialah timbalan menteri di jabatan perdana menteri.


- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.u0jauz6J.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2016 05:11 AM | Show all posts
hasrat saya

laburkanlah dalam bidang bidang

a) terknologi yang sentias aada stable demands
b) pendidikan awal - taska yg ada berkonseokan franchise yg  bermutu tinggi di mana prems kerajaan atau etc etc - bayaran yg dikenakan punmestilah berpatutan
c) hartanah
d) pendidkan dalam bentuk ygsesuai dan kalau berbayar yes biar ada kualiti
e) pertanian  yg  dynamic dan sustainable - kalau ada ladang bunga  kat negara asing best gak hahaah

anyway selamat melabur dalam manfaat

oh yes labur dalam penyedian infrastrcuture haji  ?

why not ?
or umrah
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Soalan : Selama ini, tak patuh syariah ke? Apakah nasib mereka2 yg telah dijemput Allah kembali kpdNya dihari akhirat kelak ketika mengguna-pakai sistem yg terdahulu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2016 05:50 PM | Show all posts
Abangcute replied at 15-8-2016 07:52 AM
Soalan : Selama ini, tak patuh syariah ke? Apakah nasib mereka2 yg telah dijemput Allah kembali kpdN ...

yang ni depa yg arif dengan sistem tu kena address, saya tak tahu apa apa so  tak leh komen kang fitnah kang payah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2016 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 15-8-2016 05:50 PM
yang ni depa yg arif dengan sistem tu kena address, saya tak tahu apa apa so  tak leh komen kang f ...

Allah jua Maha Pengampun
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 09:53 PM | Show all posts
Abangcute replied at 15-8-2016 07:52 AM
Soalan : Selama ini, tak patuh syariah ke? Apakah nasib mereka2 yg telah dijemput Allah kembali kpdN ...

Pengadilan allah s.w.t. ke atas orang yang dah meninggal di serahkan kepada allah.  tak perlu yang hidup untuk fikirkannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2016 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai patuh Syariah....ada hadis dan ayat al-Quran ke nak support produk Syariah tu....setahu aku kebnyakannya cipta Bisnesmen Muslim saja...cth Ujrah sebenarnya Riba' jua.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 12:04 PM | Show all posts
sy masih blom tuka...sy nak tahu ape kekurangan kwsp syariah ni?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 12:05 PM | Show all posts
Seperkara penting yang membezakan antara skim simpanan syariah dengan skim lama bersifat konvensional ialah antara lainnya, syarat kontrak Wakalah tidak membenarkan KWSP memberi jaminan terhadap keuntungan yang bakal dijana.
Ini bermakna pencarum dan pemegang amanah (KWSP) mesti sentiasa bersedia untuk berkongsi untung mahupun rugi, sama ada pada waktu senang mahupun susah.


>>sy x paham petikan di atas...boelh sesape jelaskan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
MariaClara replied at 19-8-2016 12:05 PM
>>sy x paham petikan di atas...boelh sesape jelaskan...

Maksudnya, bila kita simpan duit cara patuh syariah, kita pada hakikatnya mengajak manusia melabur dan bukannya menyimpan.

Jgn lebur sudah ler.  
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sunnah baginda Rasullullah :

Bila kita menyimpan hak seseorg, maka kita menyerahkan semula hak seseorg itu dalam jumlah yg sama. Dan apabila kita "mahu" memberikan keuntungan dari apa yg mereka simpankan, ianya bermaksud "HANYA KITA SAHAJA YG MENGURUSKAN" kerana mereka sudi menyimpan duit ke dalam akaun kita. Dan pastinya, sebarang untung dan rugi yg kita usahakan "ditanggung oleh kita" kerana amanah menyimpan berbeza dgn amanah melabur.

Di zaman ini, mana2 perkara yg mengajak seseorg menyimpan secara patuh syariah TIDAK BOLEH SAMA SEKALI menyatakan UNTUNG DAN RUGI DITANGGUNG BERSAMA. Ini kerana, demi memelihara kemaslahatan masyarakat, sesuatu simpanan yg bersifat pelaburan perlulah memegang prinsip utama iaitu "Apa yg kamu simpan, itulah kepunyaan kamu". Bagi pandangan saya, menukarkan kpd perkataan "pelaburan patuh syariah" lebih sesuai dari berkata "simpanan patuh syariah". Ini kerana, kita tidak memelihara adab aurat sesuatu ilmu yg mana terarah ke arah kebatilan dan bukannya kebenaran.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Jika mahu menghindar agama dari difitnah, carilah guru2 yg memahami aurat ilmu itu sendiri.

Sesuatu yg zahir berbeza dgn sesuatu yg batin. Bila sesuatu yg batin menjadi zahir, maka dari situ muncullah fitnah.

Taqwa itu termasuklah memelihara agama Islam dari difitnah dan memfitnah. Jika anda yg cerdik pandai rasa apa yg saya nyatakan ini "dongeng dari org yg tak berilmu", maka terpulanglah kpd anda kerana yg akan mengadili kamu adalah Allah di hari akhirat kelak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 03:36 PM | Show all posts
Ini bermakna pencarum dan pemegang amanah (KWSP) mesti sentiasa bersedia untuk berkongsi untung mahupun rugi, sama ada pada waktu senang mahupun susah.

maknenye...ade kemungkinan kalau rugi kite same tanggung x dpt pape ke mcm mne? or xde dividen mcm tu kot kan...


melabur tu xpe lg jgn dh tua2 sok nk keluarkan mcm mintak sedekah x dpt satu sen pon sudahhhhhhh!!!



Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 03:45 PM | Show all posts
Kalau rugi sama-sama di tanggung, macamana pulak dengan jaminan kerajaan seringgit untuk seringgit bagi wang dalam KWSP?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2016 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Abangcute at 19-8-2016 04:28 PM
MariaClara replied at 19-8-2016 03:36 PM
Ini bermakna pencarum dan pemegang amanah (KWSP) mesti sentiasa bersedia untuk berkongsi untung mahu ...


Kalau yg tersirat, mereka yg terlibat sendiri jelaskan.

Saya suka ayat terakhir "sedekah".  
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 04:48 PM | Show all posts
alamak mcm ngeri jerr
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 04:56 PM | Show all posts
nk refer kat sape yer kes ni..nk phm kn btol2 sbelum tuka
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
MariaClara replied at 19-8-2016 04:56 PM
nk refer kat sape yer kes ni..nk phm kn btol2 sbelum tuka

Mereka yg terlibat. Insya'allah ada penjelasan sebenar.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.084506 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list