|
Oleh Izzah Abbasy
Ajal maut seseorang tiada siapa yang mengetahuinya. Begitulah terjadi kepada seorang nenek ini meninggal dunia ketika bersorak untuk cucunya, Sinphet Kruithong sedang bersaing di Sukan Olimpik di Rio, Brazil untuk acara angkat berat kategori 56kg.
Mangsa yang dikenali sebagai Subin Khongthap, 82, dikejarkan ke hospital Chumhon Buri dan diisytiharkan meninggal dunia.
Untuk acara angkat berat kategori 56kg, Sinphet telah berjaya memenangi pingat perak untuk Thailand.
Simpati ke atas keluarga beliau.
|
|