CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1275|Reply: 1

Platform Yang Sama Bakal Disediakan Untuk Teksi, Uber & GrabCar- SPAD

[Copy link]
Post time 12-8-2016 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO



sumber foto: http://assets.rappler.com/



Baru-baru ini, sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan bahawa perkhidmatan Uber dan GrabCar akan menjadi sah dari segi undang-undang tidak lama lagi.


Menurut laporan itu, keputusan itu dicapai selepas Ketua Pegawai Eksekutif Spad Mohd Azharuddin Mat Sah membentangkan 11 inisiatif kepada Kabinet pada Rabu untuk membaik pulih industri teksi konvensional dan mengembangkan perkhidmatan pengangkutan dengan mengiktiraf perkhidmatan Uber dan GrabCar.


Sehubungan itu, pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar memaklumkan, perkhidmatan Uber dan GrabCar akan diselaraskan tidak lama lagi bagi mewujudkan satu persaingan yang adil.


Walau bagaimanapun, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Ting Lai berkata teksi-teksi tidak lagi akan dikawal selia supaya mereka dapat bersaing pada terma yang sama.


Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan pertandingan video pendek di Wisma MCA, Tiong Lai berkata SPAD telah membentangkan kertas kerja kepada kementeriannya dan mereka sedang menyediakan platform yang sama untuk Uber, GrabCar dan teksi.


Mengenai kelulusan Kabinet untuk mengawal selia GrabCar dan Uber, Tiong Lai berkata beberapa butiran tertentu masih perlu diteliti oleh SPAD.


Dalam pada itu, ketika dihubungi pemberita, jelas Tan Sri Syed Hamid keputusan Kabinet adalah sebahagian daripada program transformasi pengangkutan awam.


Tambah beliau, peraturan terhadap aplikasi e-hailing akan mewujudkan lebih banyak bidang sama rata bagi teksi dan perkhidmatan pengangkutan awam e-hailing.- CARI





sumber info: mstar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2016 12:13 PM | Show all posts
yes, sama2 cari rezeki..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.069794 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list