oleh Adib Za
Buat anda yang memang sangat menggemari hidangan satay, jangan lepaskan peluang untuk merasai kelazatan satay Madura!
Gerai Satay Madura Power Johor Bahru ini memang lain dari yang lain. Kuahnya yang sangat unik, berempah dan sangat lazat. Berbeza dengan kuah kacang biasa.
Pendek kata gabungan rasa pedas, manis dan berempah membuatkan satay Madura sangat rugi ya jika dilepaskan. Paling menarik, satay Madura sangat enak jika dimakan bersama nasi putih panas-panas. Unik, kan!
Gerai ini pun menerusi laman Facebook, tampak begitu meriah sehingga ada yang terlepas untuk merasai satay yang dijual, dek kerana terlalu tinggi permintaan setiap hari.
Dari segi harga, ia menawarkan harga yang standard iaitu 80 sen untuk secucuk satay daging, dan RM1 untuk satay kambing.
Alamat:
Satay Madura Power Johor Bahru
No.7, Jalan Bunga Raya
Majidee, Johor Bahru
Facebook:
https://www.facebook.com/sataymadurapowerjb/ |