CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1553|Reply: 9

Muhyiddin Serahkan Dokumen Permohonan Parti 'Bersatu'

[Copy link]
Post time 10-8-2016 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO



sumber foto: mstar





Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan dokumen permohonan bagi mendaftarkan parti politik baharu yang dikenali sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada petang kelmarin di ibu pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) di Putrajaya.


Menurut beliau, 'Bersatu' merupakan parti yang memperjuangkan hak semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama secara adil dan saksama.


Ianya termasuk melakukan reformasi institusi secara menyeluruh untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, amanah dan berintegriti.


Tambah beliau, ahli biasa terbuka kepada semua warganegara yang berstatus Pribumi iaitu Melayu dan Bumiputera termasuk Orang Asli dan anak negeri Sabah dan Sabah seperti ditakrifkan dalam Perlembagaan Malaysia, Perlembagaan Negeri dan undang-undang negara.

"Mereka mempunyai hak sama dengan ahli biasa kecuali untuk mengundi atau bertanding jawatan dalam parti. Namun mereka boleh dilantik dalam mana-mana jawatan parti."


Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, keahlian juga dibuka kepada warganegara Malaysia yang lain sebagai ahli bersekutu.- CARI




sumber info: mstar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2016 10:10 AM | Show all posts
Cerita basi
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tunggu tun keluar spital dulu ke?...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 12:28 PM | Show all posts
berjayakah tun keluar spital?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 03:04 PM | Show all posts
uniq61 replied at 11-8-2016 12:28 PM
berjayakah tun keluar spital?

eh penyebar fitnah ni ada lagi rupanya. Ingatkan dah tukar nick. Slogan pun cantik "Iman tak boleh diwarisi".

Tapi abg uniq61 jangan buat-buat lupa pulak ye. Kan abang pernah sebarkan fitnah kata anwar ada akaun di Israeli National Bank. Padahal bank tu tak wujud pun.

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 03:21 PM | Show all posts
Ku Li: BERSATU Mahathir berdepan cabaran getir Hari ini, 2:02 tengahari     Hari ini, 2:04 tengahari










Tun Dr Mahathir Mohamad akan berdepan dengan cabaran getir menubuhkan parti baru, kata seteru politik lama bekas perdana menteri itu, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini.
Razaleigh, yang menubuhkan parti serpihan Umno, Semangat 46 ketika Mahathir adalah perdana menteri, berkata segala jentera kerajaan akan menentang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
"Ada kemungkinan dengan pengaruhnya, Mahathir boleh menarik penyokong. Tetapi kita tahu kerajaan akan menggunakan segala-galanya untuk menghalang rakyat daripada menyokong pembangkang," kata Tengku Razaleigh ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur.
Katanya, faktor lain, seperti hakikat bahawa Umno masih utuh, masyarakat bukan Melayu tidak layak menjadi ahli adalah antara halangan dan cabaran untuk parti baru itu. -Malaysiakini-


P/S : Tu dia.... Komen dari orang lama yang dah ada pengalaman...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2016 04:30 PM | Show all posts



kita tengok lah saja nanti

parti tua2 nyanyuk ini boleh bertahan berapa lama  ??





Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 04:49 PM | Show all posts
eh penyebar fitnah ni ada lagi rupanya. Ingatkan dah tukar nick. Slogan pun cantik "Iman tak boleh diwarisi".

Tapi abg uniq61 jangan buat-buat lupa pulak ye. Kan abang pernah sebarkan fitnah kata anwar ada akaun di Israeli National Bank. Padahal bank tu tak wujud pun.


DAHSYAT DAHSYAT DAHSYAT...PENABUR FITNAH BOLEH TUDUH ORANG LAIN FITNAH LAK..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2016 04:51 PM | Show all posts
PARTI SERPIHAN MEMANG MACAM TU....PARTI ORANG KECEWA DEFCON TU... ..KAKI BONTOT MEMANG STRESS JE...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 10:09 PM | Show all posts
hujung hujung nyawa ,musuh2 Anwar atau penyebab derita Anwar yg bertelagah sesama sendiri , Anwar diam2 dlm penjara persis syurga donya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.062086 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list