|
Oleh : TS LOO
Add Image Caption Here
Skuad bola jaring Malaysia berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Jaring Asia setelah menewaskan Sri Lanka 41-31 dalam perlawanan akhir di Gimnasium Chanthanayingyong, Bangkok, Thailand kelmarin.
Menurut ketua jurulatih skuad bola jaring negara, Aminah Asari skuad negara memiliki kelebihan besar dalam aksi final kelmarin setelah musuh utama, Singapura gagal melangkah ke pentas final gara-gara tewas kepada Sri Lanka pada separuh akhir, Sabtu lepas.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada skuad bola jaring kebangsaan atas kejayaan menjadi juara Kejohanan Bola Jaring Asia.
Ini merupakan kali ketiga pengendali skuad negara itu mengemudi Malaysia ke kejohanan berprestij Asia tersebut selepas muncul naib juara di Singapura pada 2000 lalu dan tempat ketiga di Kuala Lumpur (2009).
Malaysia muncul juara kejohanan berkenaan kali terakhir di Kuala Lumpur, 31 tahun lalu.- CARI
|
|