CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3330|Reply: 15

Rupanya Buah Nanas Perlu Dimakan Setiap Hari

[Copy link]
Post time 9-8-2016 01:48 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Ramai yang berpendapat buah nanas tidak boleh dimakan acap kali risau akan mengakibatkan pedih perut kerana ia dikatakan buah yang agak 'tajam'.

Sehinggakan ada yang tak suka makan langsung buah nanas. Sedangkan jika anda menolak buah nanas ini, bermakna anda tergolong orang yang rugi kerana buah nanas adalah salah satu buah yang mampu merawat 1001 penyakit.

Nanas penuh dengan vitamin dan mineral termasuklah vitamin A, vitamin C, kalsium, fosforus, dan kalium. Kaya dengan serat dan kalori, malah nanas juga rendah lemak dan kolesterol. 14 kelebihan nanas termasuklah seperti yang berikut. Cepat semak!


Kredit Foto : MW



1. Kandungan vitamin C yang banyak terdapat di dalam buah nanas dikatakan mampu menentang virus yang menyebabkan batuk-batuk dan demam selesema.

2. Nanas mempunyai bromelain, yang berkesan dalam menyaring batuk-batuk dan melonggarkan mukus.

3. Bromelain dalam buah ini juga dikatakan mampu bekerja untuk meneutralkan cecair bagi memastikan tidak terlalu berasid. Dikatakan mampu membantu mengatur perembesan dalam pankreas untuk membantu pencernaan.

4. Nanas juga bagus untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat. Ini kerana nanas mengandungi mangan, sejenis mineral surih yang diperlukan tubuh untuk membina tulang dan tisu penyambung.

5. Jika memakan secawan nanas, anda sudah pasti mendapat kira-kira 73 peratus keperluan mangan untuk tubuh secara keseluruhannya.

6. Dikatakan juga memakan nanas mampu menguatkan gusi sekali gus memastikan gigi anda sihat dan kuat.

Kurangkan Sakit Artritis

7. Buah nanas mengandungi beta karotena yang amat baik untuk penglihatan.

8. Dikatakan juga nanas mempunyai sifat-sifat anti keradangan. Nanas mampu mengurangkan sakit artritis dan pada masa yang sama memperbaiki keadaannya dengan cara menguatkan tulang.

9. Mampu memperbaiki masalah kesihatan lain seperti sindrom terowong karpal dan gout.

10. Nanas boleh dimakan mentah mahupun dijadikan jus.

11. Jus nanas bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka.

12. Amalan minum jus nanas juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas.

13. Enzim yang terdapat pada nanas dikatakan mampu meredakan bengkak-bengkak, menguatkan daya tahan badan serta menghapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok.


14. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.

Sumber : MW
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2016 02:17 PM | Show all posts
Sedap makan nanas dgn rojak buah. Tapi  kena alas perut dgn nasi dulu. Nk mkn nanas  hari2 mmg x la, masam sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 02:34 PM | Show all posts
tu lah suka gak buat juice buah ni, tp malas nk basuh juicer tu bila buat ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 04:53 PM | Show all posts
haritu beli nanas kecik mase thailand food fest..manis ya Allah..takut kene rendam ng air gula je
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 09:53 AM | Show all posts
Good info...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 03:28 PM | Show all posts
betul ke nenas bleh turun kn kadar kolestrol yg tinggi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2016 04:55 PM | Show all posts
Kena tengok ikut orang tu jugak bukan semua orang sesuai makan buah nenas hari2 mau pedih perut
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2016 06:34 PM | Show all posts
cuma suka pajeri nenas jer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2016 06:37 PM | Show all posts
nanas adalah pelawas. proooott.. lancar
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2016 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa i nak buang lemak kat perut lepas abjs pantang dulu, i mmg makan nenas 2-3 kali seminggu.. Mmg kempis ok perut.. Berat pun banyak turun... Nenas is slimming food for blood A diet
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 09:41 AM | Show all posts
Tidak minat buat nenas
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 05:23 PM | Show all posts
tgh makan nie.... mmg lawas gilerrr..... lps makan wajib g tandas, memang kempis la tang perut skit
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya nenas.. .
Tapi malas nak makan sebab tak reti kupaS kulit.  Haha.  Biasa beli kat org jual buah je.. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 02:22 PM | Show all posts
tq for info
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 01:43 PM | Show all posts
nice sharing
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 11:24 PM | Show all posts
sedapnya nanas..my favourite  tapi nak kupas leceh..btw good info
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.422236 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list