CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Update #61. Jangan bagi alasanlah, kata DAP kepada Petronas

[Copy link]
 Author| Post time 10-8-2016 06:41 PM | Show all posts
Jangan bagi alasanlah, kata DAP kepada Petronas

http://www.malaysiakini.com/news/351818

Hari ini, 6:05 petang      Hari ini, 6:08 petang

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen meminta Petronas untuk berhenti menjaja alasan untuk mempertahankan dasar pengambilan pekerja syarikat itu yang disifatkan tidak adil.

Beliau berkata, sebaliknya, firma petroleum negara itu perlu mengambil langkah-langkah segera untuk membetulkan komposisi pekerja mengikut negeri yang berat sebelah dalam operasinya di Sarawak.

"Mengikut kenyataan Petronas, kunci kejayaan penghantaran dan operasi projek Petronas ialah sokongan dan komitmen semua pihak dengan apa yang paling penting ialah pasukan pekerjanya terdiri daripada mereka yang berkelayakan, terlatih dan berdedikasi - tidak kira di mana mereka berasal.

"Apakah Petronas katakan Sarawak tidak mempunyai kakitangan berkelayakan, pekerja terlatih dan berdedikasi untuk mengisi jawatan-jawatan peringkat eksekutif atasan dan pertengahan dalam operasinya di Sarawak?

"Ini sudah tentu tidak benar dan satu penghinaan kepada rakyat Sarawak," kata Chong dalam kenyataan.

Dalam kenyataannya hari ini, Petronas berkata, pihaknya percaya keputusan menggantung permit kerja kakitangan Petronas oleh kerajaan negeri Sarawak dibuat atas salah faham dalam proses penstrukturan semula perniagaannya.

Menurut Jabatan Perhubungan Media, Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, pihaknya menjangkakan majoriti pengambilan kakitangan baru di negeri tersebut masih dikuasai oleh rakyat Sarawak.

"Pengambilan kakitangan yang diperlukan untuk memenuhi permintaan tenaga kerja baru masih dikuasai oleh rakyat Sarawak, seperti amalan pengambilan sedia ada.

"Ada beberapa jawatan yang akan diisi oleh pekerja berpengalaman yang mungkin melibatkan bukan rakyat Sarawak," jelasnya dalam kenyataan.

Baru-baru ini, Douglas Uggah mengumumkan bahawa Petronas tidak lagi boleh mengambil warga negara Malaysia dari luar Sarawak untuk mengisi pekerjaan di negeri itu selepas kerajaan negeri menghentikan pengeluaran permit kerja baru.

"Moratorium kerajaan negeri ini berkuatkuasa serta-merta bagi semua permohonan permit kerja baru untuk kakitangan Petronas dari luar Sarawak yang berhasrat bekerja di Sarawak," kata Douglas Uggah, memetik laporan akhbar The Borneo Post.

Mengulas lanjut, Chong berkata, Sarawak mempunyai bakat-bakat yang berkelayakan, terlatih dan berdedikasi, lebih dari mencukupi untuk mengisi jawatan peringkat pengurusan atasan dan pertengahan dalam operasi Petronas di negeri tersebut.

"Bagaimanapun, kami tidak diberi peluang dalam Petronas," kata Chong yang juga ahli parlimen Kuching.

Isu penawaran lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Sarawak telah dipersetujui antara Petronas dan Adenan sejak November 2014, tambah beliau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2016 01:30 PM | Show all posts
PE-DX03 replied at 9-8-2016 03:06 PM
dalam beberapa perkara, hak autonomi memang wujud dalam MA63 tapi siapa peduli kalau bukan STAR ya ...

Takleh samakan candu politik ketuanan Melayu dgn hak org Sarawak yg sudah termaktub sewaktu penubuhan Malaysia dulu. Totally different.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
lkick2113 replied at 9-8-2016 10:39 AM
so malaysian malaysia ni punya slogan or political model pun tak sustainable la kan??? sebab di ma ...

Dia bukan melayu lah. Minachi tamil ellam. Menyamar islam selama ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerja org boleh buat di Sarawak tak diberi keutamaan kepada org Sarawak sebab itulah ramai diorang datang sini cari kerja. Yang petronas nak amik org semenanjung kat sana juga utk apa ramai saja budak-budak pandai graduan uni dari Sarawak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Petronas tak harus fikir sendiri saja, selama ini berapa billion dollar minyak telah dikorek dari bumi sarawak

Sarawak cuma minta keutamaan diberikan kepada rakyat sarawak, bukan sesuatu permintaan yg tidak munasabah
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Muntz replied at 11-8-2016 01:30 PM
Takleh samakan candu politik ketuanan Melayu dgn hak org Sarawak yg sudah termaktub sewaktu penubu ...

Bukan lebih kurang je ke muntz.. Hak keistimewaan melayu merupkan salah satu syarat yang diberikan untuk beri kerakyatan pada cina dan india masa merdeka.. Benda tu dah termaktub dalam perlembagaan malaysia juga.. So dah berjanji, xperlu la mintak macam2.. Cina dan india pun dah dapat kerakyataan kan.. So?? macam sarawak mintak hak mereka dalam perjanjian malaysia juga.. Ikuy logik gitew la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2016 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu lain.. Ni lain..

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw, wana setuju jer petronas ambil ummah sana.. Ambis citer.. Nanti dikata naka kaut minyak deyol pulak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2016 03:14 PM | Show all posts
jangan too much la sarawak

nampak kepentingan sehala jangka pendek je

cina DAP pulak asyik cucuk jarum macam biasa

jika dihentikan pengambilan pekerja dan pelajar dari sarawak
di semenanjung, alamat huru hara jadinya sarawak dilimpahi
penganggur dan pelajar yang tak ada tempat belajar
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sarawak sebenarnya boleh stand on its own feet, tak perlu join federal pun takape, tak rugi.

Minyak saja dah boleh tampung satu sarawak, tak perlu share2, sampai duit minyak disalahgunakan utk bailout kroni umno.

Minyak, balak, sawit..etc dah cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 04:03 PM | Show all posts
namirulmukminin replied at 9-8-2016 12:12 PM
Ko tu lagi bodoh!! Perjanjian masa Melayu nak terima cina sebagai warga negara dulu ko tak baca pu ...

Ungrateful lot

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 04:06 PM | Show all posts

Itu bodohgemok mana tau baca ini...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
namirulmukminin replied at 11-8-2016 04:06 PM
Itu bodohgemok mana tau baca ini...

Minachi hindu ma
Tamil ellam punya orang
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Muntz replied at 11-8-2016 01:30 PM
Takleh samakan candu politik ketuanan Melayu dgn hak org Sarawak yg sudah termaktub sewaktu penubu ...

If u can't realize how politician manipulate every single point they had to pleasure the poor 'lust' in the name of so called 'right' or whatever crap, i am sorry. I can't help u bro.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
incrossroad replied at 11-8-2016 03:31 PM
Sarawak sebenarnya boleh stand on its own feet, tak perlu join federal pun takape, tak rugi.

Min ...

It takes two to tango. Selain amno, they bears their own sins. Osu sukam di sabah, taib di sarawak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 04:25 PM | Show all posts
zekMR replied at 11-8-2016 03:14 PM
jangan too much la sarawak

nampak kepentingan sehala jangka pendek je

Sebenarnya boleh jer. Sarawak dah ramai profesionals. Atlit nya pun siap sumbang pingat kepada Malaysia. Itu sudah menunjukkan Sarawak actually can stand on her own. Cuma itulah, disbbkan masih dalam Malaysia, kita faham ada benda kena berkongsi, tapi jgnlah tamak sampai BOD Petronas takder sorg pun dari Sarawak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2016 04:27 PM | Show all posts
zekMR replied at 11-8-2016 03:14 PM
jangan too much la sarawak

nampak kepentingan sehala jangka pendek je

kau ni mabuk siang hari apasal
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 04:31 PM | Show all posts
Muntz replied at 12-8-2016 04:25 PM
Sebenarnya boleh jer. Sarawak dah ramai profesionals. Atlit nya pun siap sumbang pingat kepada Mal ...

segalanya perlu base pada merit la

kenapa perlu spesifik pada operasi petronas di sarawak sahaja

sepatutnya tengok secara keseluruhan, bukan
kecilkan skop

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 04:40 PM | Show all posts
zekMR replied at 12-8-2016 04:31 PM
segalanya perlu base pada merit la

kenapa perlu spesifik pada operasi petronas di sarawak sahaj ...

Kalau nak semua merit, boleh jah. Tapi kenapa Petronas masih ramai dikuasai Melayu Malaya? Sekurang2nya kalau nak ketuanan Melayu skalipun, kenapa tak amik Melayu Sarawak as one of BOD? Ketuanan Melayu berpilih kekdahnya?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 04:44 PM | Show all posts
Muntz replied at 12-8-2016 04:40 PM
Kalau nak semua merit, boleh jah. Tapi kenapa Petronas masih ramai dikuasai Melayu Malaya? Sekuran ...

why not

kompeni2 besar cina di sarawak, terutama berkaitan
OnG dan lain2 di kuching, sibu dan miri yang dipenuhi 100% cina
kenapa pulak tak dibuat syarat draconian yang sama macam ni?

why must only petronas?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.079209 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list