View: 2376|Reply: 15
|
[Dunia]
Fenomena pembunuhan penjenayah dadah jadi viral di Filipina
[Copy link]
|
|
MANILA – Ratusan orang disyaki penjenayah dadah telah ditembak mati sejak Rodrigo Duterte mengangkat sumpah sebagai Presiden selepas memenangi pilihan raya pada Mei lepas dengan menjanjikan penghapusan masalah dadah dan jenayah dalam masa enam bulan.
Dalam insiden terbaharu, mayat seorang lelaki yang ditembak mati dibiarkan di tepi jalan, malah ada yang dibuang di lorong-lorong terpencil sejak kempen perang dadah Duterte mengganas di kawasan miskin di Filipina.
Menerusi gambar yang menjadi viral di sini baru-baru ini, seorang wanita kelihatan meratapi kematian suaminya yang mendapat liputan meluas stesen televisyen tempatan.
“Suami saya tidak bersalah. Dia tidak pernah menyakiti sesiapa,” ujar Jennilyn Olayres mengenai pasangannya, Michael Siaron yang merupakan seorang pembawa beca.
Angka baharu yang dikeluarkan pihak polis awal minggu ini melaporkan sebanyak 402 suspek dadah telah dibunuh sejak pilihan raya lepas dengan 211 daripadanya dilakukan oleh pembunuh tidak dikenali.
Serbuan yang dilakukan ke atas tempat persembunyian pengedar dadah telah membawa kepada kematian hampir setiap malam dengan mayat suspek berlumuran darah dan pistol berdekatan mereka dipercayai untuk menentang penangkapan.
Wajah mereka diletakkan dengan pita pelekat dan sekeping kertas kadbod digantung di dada mereka yang tertulis tuduhan sebagai pengedar dadah. – AFP
|
|
|
|
|
|
|
|
berani betul duterte ni...dia tak tau kartel2 ni lagi ganas |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dcruins at 6-8-2016 09:30 AM
Quote ala2 John Lennon dari Pres. Duterte hari ni.....
------------------------
1. “It’s not easy to take human life but I am sorry,” Duterte told delegates of the Parish Pastoral Council for Responsible Voting (PPCRV) at Malacañang Wednesday night.
2. If I go to hell, I will not let myself get pushed around; I just got into this. If I go to hell, I’ll kick Satan out and tell him, ‘go away I’m the new toughie here)’,” he said.
https://sg.news.yahoo.com/hell-ll-kick-satan-000000108.html
----------------------------
|
|
|
|
|
|
|
|
Elokla..utk kecutkan para2 pusher.
Harus dihapuskn sama sekali sblm dadah tu hapuskn rakyat marhein. |
|
|
|
|
|
|
|
apa makna bawal dalam bahasa kita tu ek...
awas ke? |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa dia nak monopoli semua pengedaran dadah......
|
|
|
|
|
|
|
|
Drug lords,drug pusher ni mmg patut dilupuskan aje..kat philipine penjara tu pun jadi lab buat dadah |
|
|
|
|
|
|
|
kat malaysia sapa tokey dadah terbesar..
hapus bilis kecik2, esok lahir bilis baru |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm Ada rakyat Yg tak Agree dgn cara ni sbb gang rivals boleh je bunuh arch enemy masing2 and bubuh kadbod tertulis "I'm a drug pusher" . |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus duterte ni tegas tp heols same bodoh dgn kiram, nak claim Sabah jugak katenye |
|
|
|
|
|
|
|
To me duterte ni berani dan agresif dan mulut hangsuang gak...selayaknya jadi presiden pilipin kasi ajar sket puak2 mabuhay ni
Jauh beza dgn aquino pondan sebelum ni..aquino tu dah kertu..x layal jd presiden pun..dah le.lembik |
|
|
|
|
|
|
|
Motif berpelukan dedua couple tuh? tau ler jail sendat, fefeeling awek ler teww...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ganaih gak presiden Filipin ni ya sis. Ala2 mafia gitu, quote kemain gangsta!!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|