View: 7407|Reply: 31
|
Rumah Banyak Cicak? Atasi Dengan 9 Cara Ini
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Kehadiran cicak yang banyak di dalam rumah pasti menimbulkan rasa tidak senang.
Selain bunyinya yang mengganggu, tahi cicak juga menjadi masalah kerana akan mengotorkan lantai dan silap hari bulan masuk ke dalam makanan.
Kesimpulannya, ramai yang tak suka "bela" cicak dirumah, jadi kami kongsikan 9 cara mengurangkan cicak dari terus mengembangkan populasinya di dalam rumah kita.
1. Perangkap cicak
Anda boleh tangkap cicak yang banyak kat rumah dengan menggunakan perangkap cicak. Boleh beli samada di pasaraya atau di mana-mana hardware berkonsepkan DIY. Biasanya perangkap cicak diperbuat dari kertas tebal yang diletakkan gam di permukaannya.
Ada bahan yang boleh menarik minat cicak datang ke perangkap dan kemudiannya cicak akan melekat. Bila kena cicak, anda boleh buang saja perangkap sekali dengan cicak yang ada melekat kat sinu.
Cara ini mengambil masa beberapa hari dan banyak perangkap yang diperlukan untuk mencapai tahap zero cicak di rumah anda.
2. Penghalau cicak
Ada bahan yang diberikan nama sebagai lizard repellent di pasaran. Kalau pergi cari kat pasaraya, anda mungkin dapat jenis gel atau cecair pekat yang perlu disapukan pada tempat yang anda tak mahu cicak datang.
Ada juga jenis spray dan jenis elektronik. Pilihlah mana satu yang anda rasa nak cuba. Bawa balik dan buat percubaan di rumah.
3. Perangkap buatan sendiri
Anda juga boleh buat perangkap sendiri untuk tangkap cicak. Cara paling mudah adalah dengan pergi hardware, dapatkan gam tikus atau yang kurang kuat dari itu. Ambil sekeping kertas tebal dan sapukan gam di permukaan kertas tersebut.
Selepas itu letakkan di tempat di mana cicak ada banyak. Letakkan sikit makanan atau bahan putih seperti serangga kecil di tengah kertas bergam itu. Anda akan dapat lihat banyak cicak terperangkap pada gam keesokkan harinya.
4. Jadikan rumah tidak mesra cicak
Cicak tak suka rumah yang bersih tak ada sampah dan tak ada langsung bahan makanan. Oleh itu bersihkan rumah anda senantiasa. Jangan biarkan rumah bersepah dan tidak tersusun. Buang semua sampah dari rumah terutamanya di bahagian singki.
5. Jauhkan makanan cicak
Salah satu sebab cicak duduk menumpang dan bernak pinak kat rumah anda adalah disebabkan ada punca makanan yang banyak untuk mereka di situ. Oleh itu, jika anda berjaya hapuskan segala punca makanan cicak, mereka akan berhijrah pergi ke tempat lain yang ada makanan.
Makanan yang cicak amat suka ada serangga terbang seperti nyamuk, rama-rama kecil atau ungas terbang kecil yang lain. Pasangkan jaring supaya semua serangga kecil ini tidak ada dalam rumah anda. Tiada makanan, cicak akan belah.
6. Hapuskan ruang tinggal cicak
Buat pemeriksaan di segenap sudut rumah anda. Mana saja terdapat rekahan atau celahan, anda perlu tutup samada dengan Silikon atau Urethane. Jangan kasi runag langsung untuk cicak jadikan pot tempat melepak mereka.
7. Gunakan bawang putih
Anda boleh gantung bawang putih di bahagian-bahagian yang biasanya banyak cicak di rumah anda. Gantung bawang putih kat tingkap dan pintu serta berdekatan dinding yang ada cicak. Cicak tak suka bau bawang putih.
Atau boleh juga anda buat bancuhan bawang putih yang dicampur dengan air. Masukan dalam penyembur dan mula semburkan campuran air bawang putih tersebut ke dinding, tingkap siling dan lain-lain. Rumah anda akan semerbak berbau bawang putih.
Jangan anda sendiri yang pengsan bau bawang putih dan keluar dari rumah sebab tak tahan bau bawang putih sudahlah !
8. Gunakan bulu merak dan kulit telur
Anda boleh juga cuba gantungkan atau lekatkan bulu burung merak pada dinding dan tempat-tempat lainya. kalau tak ada bulu burng merak, boleh juga gunakan kulit telur. Lekatkan atau gantung di tempat yang ada cicak.
Cicak tak suka kulit atau bulu burung besar sebegitu sebab jenis burung sebegitu akan patuk dan makan cicak.
9. Gunakan air ais sejuk
Jika anda nampak cicak di rumah, cuba semburkan air ais yang sejuk gedik supaya terkena pada cicak itu. Sebaik saja cicak terkena air yang amat sejuk, suhu badan cicak akan turun jadi sejuk dan mereka akan kejang tak boleh bergerak.
Bila jadi macam tu, ambil saja cicak yang tengah jem tersebut masukkan ke dalam beg plastik ikat kuat-kuat dan lepaskan ke dalam sungai supaya cicak itu belayar pergi jauh dari rumah anda. Kalau tak mahu cicak belayar, anda boleh terus bunuh saja cicak itu, selesai cerita.
Selamat mencuba! Semoga populasi cicak di rumah anda semakin berkurangan. - CARI
Sumber - jasduit.com |
|
|
|
|
|
|
|
Artikel tentang membasmi cicak.
Gambar pulak,cicak tengah ngesek |
|
|
|
|
|
|
|
Eee aku geli sgh dgn cicak : |
|
|
|
|
|
|
|
eeee...aku cukup benci cicak..berapa kali dah terjatuh kt atas aku... |
|
|
|
|
|
|
|
Infonya berrguna gambor selingan je yang kurang related dengan citer |
|
|
|
|
|
|
|
cicak atau taik cicak yang jatuh tu....
|
|
|
|
|
|
|
|
cicak la...kelepukk...dia jatuh atas badan aku...melompat aku..eeeeeee...dengan badan lembik2 dia...
pernah sekali aku pakai helmet, rasa lembik2 kat dahi, apa benda..aku raba2 tgk2 cicakkk.....
campak ke tanah terus helmet tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sy amalkn yg #4...mmg jarang2x nmpak cicak kt bilik. yg nmpak kt bilik air je. |
|
|
|
|
|
|
|
Bubuh ubat gegat kat tempat byk cicak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Cicak tu sengaja jatuh atas awak,sis.
Beliau jatuh cinta kat sis.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha.....artikel ni lawak ...ada ke suruh cicak belayar |
|
|
|
|
|
|
|
kesian kat cicakman kalau bace ni. |
|
|
|
|
|
|
|
erkkk..........
|
|
|
|
|
|
|
|
awk tunggu berapa banyak melekat baru buang board tu? sy nak buang board yg penuh cicak pun rasanya geli....
|
|
|
|
|
|
|
|
Rumah aku byk cicak, gemok2 plak tu. Aku syak cicak2 tu dok mkn sisa dlm tong sampah aku. Kena beli Tong sampah jenis tutup la cmni. |
|
|
|
|
|
|
|
bolehla dicuba lepas ni
tq for sharing |
|
|
|
|
|
|
|
Gantung sahaja gambar @spiderman80 pasti cicak lari terus pindah tempat lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
haishhh pic last mmg tak menahan lol |
|
|
|
|
|
|
| |
|