CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2144|Reply: 5

[Tempatan] 11 Laluan Di Lebuhraya DUKE Ditutup Sehingga 7 Ogos

[Copy link]
Post time 3-8-2016 11:14 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

11 lokasi di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) ditutup mulai jam 2.30 pagi dan dijangka dibuka semula pada jam 11.30 pagi pada 7 Ogos ini, sempena acara Larian Maraton Standard Chartered Kuala Lumpur 2016.

Ia membabitkan susur masuk persimpangan Hillview (arah Hulu Kelang ke Ampang/Ampang ke Lebuhraya DUKE), bulatan Jalan 37/56 (Taman AU2 Keramat), laluan selepas Kem Desa Tun Hussein Onn (DTHO) (Jalan Jelatek ke Lebuhraya DUKE), arah Wangsa Maju ke Lebuhraya DUKE, Jalan Semarak (PULAPOL dan MINDEF).

Jalan Ayer Jerneh (Setapak), melalui tanjakan Jalan Pahang bagi kedua-dua arah menghala Plaza Tol Sentul Pasar dan Plaza Tol Batu, di tanjakan Sentul berhampiran Plaza Ong Tai Kim (Sentul), Persimpangan Lampu Isyarat Bandar Dalam ke Lebuhraya Duke dan laluan utama dari arah Greenwood/Karak (Persimpangan Bandar Dalam, Bandar Baru Sentul dan Jalan Gombak).

Pengarah Eksekutif Konsortium Lebuhraya Utara Timur (KL) Sdn Bhd (KESTURI), Datuk Seri Lim Keng Cheng, berkata pengguna boleh menggunakan laluan alternatif sepanjang tempoh penutupan berkenaan itu.

Laluan yang ditutup akan dibuka secara berperingkat selepas mendapat kebenaran polis Trafik," katanya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi HOTLINE DUKE di talian 03-62513100 atau HOTLINE Gerakan Trafik di talian 03-20719777 dan Twitter @LebuhrayaDUKE.

Sumber : BH Online

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2016 05:57 PM | Show all posts
kalau petang ni, pehhh dia punya sesak, legend gle... naik mtor pon dh mcm nek kete ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 12:36 AM | Show all posts
hahahaha xde pulak org kecoh2 jalan tutup sebab mcm ni....
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2016 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
esok 8/8 jln yg tutup ni dah buka semua mcm biasa ke..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 12:34 AM | Show all posts
dah 8hb...dah bukak balik...thread ni dah boleh ditutup.

menyemak aja.



Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Duke oh duke, hahhahah
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.243145 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list