oleh Adib Za
Semakin banyak negara yang mewujudkan destinasi pelancongan yang mesra dengan pelancong Muslim, dan salah satunya di China ini sememangnya sangat menarik.
Kerajaan China telah melaburkan berjuta-juta dollar malah billion untuk mewujudkan taman tema Islam untuk menarik pelancong dari negara Timur Tengah terutamanya.
The China Hui Culture Park yang berlokasi di provinsi Ningxia telah dibuka sejak tahun 2005 dan menempatkan beberapa binaan islamik menarik. Ini termasuklah bangunan yang dibina mirip dengan Taj Mahal dan juga Masjid Biru Istanbul.
Malah, ada yang menyamakan destinasi ini mengingatkan dengan kota Mekah di Arab Saudi.
Hui merupakan salah satu etnik di China, dan dengan adanya destinasi mesra Muslim ini, membantu masyarakat Arab untuk kenal lebih dekat dengan budaya di China.
Ini termasuklah peluang untuk mengenali budaya masyarakat Hui itu sendiri. - CARI
|