CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3998|Reply: 7

Skinhead Sabah Bantu Gelandangan "Buka Mata" Orang Ramai

[Copy link]
Post time 1-8-2016 12:02 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ






Bila sebut saja skinhead, kebanyakan akan beranggapan remaja yang mengikut "budaya skinhead" adalah kutu rayau yang tiada masa depan.


Untuk pengetahuan, Skinhead adalah sub-budaya yang wujud di London pada akhir tahun 1960-an dan mula tersebar ke seluruh dunia. Nama Skinhead merujuk kepada pengikut budaya ini yang rambutnya dicukur botak. Skinhead juga merujuk kepada kepada kelompok remaja/sesiapa sahaja yang merupakan peminat muzik Oi!/streetpunk dan juga punk. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai skinhead, boleh lah tengok filem Romper Stromper, American History X, This Is England dan banyak lagi.


Jika kita baca kisah atau tonton filem-filem skinhead, apa yang kita akan tahu pengikut skinhead tidak dapat lari dari penyalahgunaan dadah, minum minuman keras, seks bebas dan kaki gaduh. Namun tanggapan itu perlu dibuang kerana tidak semua pengikut skinhead seperti itu, terutamanya skinhead Malaysia yang kebanyakkannya hanya mengikut fahaman, cara "dress up" dan layan muzik sahaja. Apa pun, jom baca kisah yang dipetik dari perkongsian Facebook Ustaz Abdullah Khairi ini.




'Skinhead', jangan menilai dari luaran.


Alhamdulilllah! Sekiranya baru-baru ini kami memuatnaik foto remaja "punk" menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan di Singapura,


Kali ini muncul pula sekumpulan remaja "skinhead" dari Sandakan, Sabah turun pada keheningan malam memberi bantuan makanan dan barangan keperluan kepada gelandangan-gelandangan di sekitar Daerah Sandakan.


Sifat prihatin anak muda seperti inilah yang kita perlukan, demi membangunkan negara bangsa yang masyarakatnya berakhlak mulia dan terpuji.






Kisah pengikut skinhead yang membantu gelandangan ini telah membuka mata orang ramai agar tidak hanya melihat orang dalam kesusahan. Selain itu, kisah ini juga wajar dijadikan tauladan dan pengajaran buat kita semua agar tidak menilai orang dari cara berpakaian dan luaran sahaja.  - CARI












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2016 12:17 PM | Show all posts
Usaha mulia suka membantu orang harus diberi pujian tampa perlu menghakimi cara pemakaiannya dan penampilannya
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
pic atas skali tu citer romper stomper.. bunuh member baik sbb perempuan haha.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mulia nya hati anak2 muda ni. Moga menjadi teladan untuk yang lain.

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 05:41 PM | Show all posts

Nice2 fav ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat zaman remaja Rambo dulu . Gaduh dengan budak Punk kat KLCC . Merasa jugaklah pakai bangle polis . . Masa dah berlalu , KLCC pun budak Raver dah ambik alih . Yall tul .

Siga saga . Oi ! Oi ! Oi !
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2016 11:15 AM | Show all posts
RamboMandul replied at 1-8-2016 11:23 PM
Teringat zaman remaja Rambo dulu . Gaduh dengan budak Punk kat KLCC . Merasa jugaklah pakai bangle p ...

Haa.. ni mesti zaman 2000an kan.. masa tu ai sibuk beratur nak tgk return of the king.. budak2 punk ni ramai2 naik escalator berleather je smua.. ai budak hiphop masa tu.. nasib tak kena kacau sebab adik budak punk.. good times bebeh
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
applemy replied at 2-8-2016 11:15 AM
Haa.. ni mesti zaman 2000an kan.. masa tu ai sibuk beratur nak tgk return of the king.. budak2 pun ...

Kenangan kan . I miss my teenage years ...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.197027 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list