View: 1544|Reply: 4
|
Komander Tentera AS Nafi Terlibat Dalam Cubaan Rampasan Kuasa Di Turki
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
JENERAL Joseph Votel. - Foto AP
WASHINGTON: Komander Pusat Arahan Utama Amerika Syarikat (AS), Jeneral Joseph Votel, semalam menafikan dakwaan terbabit dalam cubaan rampasan gagal di Turki.
"Sebarang laporan yang mengatakan saya terbabit dalam cubaan rampasan gagal di Turki adalah jelas tidak benar.
"Turki menjadi rakan luar biasa dan penting di rantau ini selama beberapa tahun. Kami menghargai kerjasama berterusan Turki dan perkongsian akan datang dalam perjuangan menentang ISIL (militan IS)," katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, antara individu berprofil tinggi yang diberkas termasuk komander Pangkalan Udara Incirlik, Jeneral Bekir Ercan Van, pembantu tentera presiden Kolonel Ali Yazici dan bekas komander tentera udara, Akin Ozturk.
Siasatan awal mendapati wujud kaitan antara ketiga-tiga mereka dengan ilmuwan Islam Turki, Fettulah Gulen yang dikatakan dalang cubaan rampasan kuasa.
Pemberontakan itu merupakan "perbuatan khianat", dan mereka yang bertanggungjawab akan membayar harga yang tinggi, kata Presiden Tayyip Erdogan. - CARI
Sumber - REUTERS/BeritaHarian |
|
|
|
|
|
|
|
Misi gagal,kalau berjaya mungkin lain cerita.. |
|
|
|
|
|
|
|
macam madey nyanyok pulak berkali cuba nak rampas kuasa bijan tapi tak pernah mampu |
|
|
|
|
|
|
|
eleeeeeee malu malu nak ngaku..... sama mcm yg jadi kat Egypt la |
|
|
|
|
|
|
|
Pegawai Pertahanan Qatar sendiri mengaku ... Arab Saudi dan UAE dpt maklumat awal tapi xbagitau Erdogan .... sentap Dogan... kawan baik rapat nak tikam belakang
ujung ujung Russia dan Iran. |
|
|
|
|
|
|
| |
|