View: 1360|Reply: 4
|
Salah Guna Lorong Kecemasan, 21 orang Lagi Dihadap Ke Mahkamah!
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
21 orang lagi dihadap ke mahkamah akibat salah guna lorong kecemasan.
Menurut laporan Sin Chew Jit Poh, 21 orang pemandu didakwa ke mahkamah Majistret, Alor Gajah, namun hanya 18 orang sahaja yang hadir.
21 orang tersebut merupakan kumpulan kedua pemandu yang didakwa. Seminggu lalu, terdapat 23 orang telah didakwa, tetapi ketika itu cuma 20 orang sahaja hadir ke mahkamah, mereka masing-masing didenda antara RM1000 hingga RM2000.
Mereka itu disabit kesalahan berhubung kes salah guna lorong kecemasan yang berlaku pada hujung bulan Mei lalu, yang mengakibatkan sebuah kereta ambulan terlewat kira-kira satu jam sampai ke lokasi kejadian kemalangan sehingga mengakibatkan kematian dua mangsa kemalangan terbabit.
Jabatan pengangkutan jalan, JPJ menerusi rakaman video daripada orang ramai, berjaya mengenal pasti 78 individu yang terbabit, kemudian mendakwa mereka di mahkamah secara dua kumpulan. |
|
|
|
|
|
|
|
Thread dah adalaaaaa
Tak tau check dulu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Thread dah adalaaaaa
Tak tau check dulu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab dia reporter cari, memang takde maknanya lah nak check thread dulu.
Dia punya hierarchy atas sikit dari forumer macam kita. |
|
|
|
|
|
|
| |
|