oleh Adib Za
Apakah nasib dan pengakhiran kepada boyband paling popular masa ini, One Direction selepas seorang lagi ahlinya, Liam Payne mengambil keputusan untuk menerbitkan album solonya.
Liam telah membuat pengumuman melalui akaun Twitter tentang kontrak terbaharunya bersama syarikat Capitol UK.
"Teruja dengan kontrak bersama Capitol UK ini. Mereka telah melahirkan ramai artis yang hebat dalam sejarah. Saya berharap dapat mengikut jejak langkah mereka ini."
"One Direction tetap di hati dan merupakan keluarga saya, apa pun saya tetap terjua dengan langkah seterusnya ini," ujarnya menerusi Twitter.
Selepas Zayn Malik, langkah yang diambil oleh Liam ini menguatkan lagi desas-desus tentang pembubaran kumpulan One Direction. Oh tidak! - CARI
Sumber foto: Carian google
|