Edited by d_dalia at 27-7-2016 12:05 AM
Sejak kes Ruhainies dan dato red denan iaitu suami kpd datin red dan adira, nama ruhainies kembali meletopp selepas kekayuan sheols dlm Hello mr perfect...
Berdasarkan hasil rondaan di ig nampaknya ruhainies ni ada ramai bf yg tak tau mana 1 bf sheols..dlm sibuk2 dato red peluk pinggang sheols, kuar pulak statement Azrel ismail yg dgn yakin mengatakan Ruhainies adalah teman wanita heols..tak pasti sama ada azrel nak mencapub utk promosi drama menantu ting tong kat tv3..
Sebelum tu ruhainies dikatakan mempunya bf anak orka, Syed Nadim..Sebelum syed nadim, sheols dikatakan rapat dgn Don safwan lelaki yg bawa lambo kuning..So mana satu bf ruhainies?
Sumber artikel dari Mstar online
Azrel Ismail Yakin RuhainiesTiada Hubungan Dengan Suami Adira
PETALINGJAYA: Pelakon Azrel Ismailyakin teman wanitanya iaitu aktres Ruhainies tidak mempunyai sebarang hubungancinta dengan suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abubiarpun video mereka keluar bersama menjadi viral.
Azrel, 30, berkata, Ruhainies ada memaklumkan kepadanya untuk keluar padakhamis lalu bersama pembantu peribadinya tapi tidak dimaklumkan atas tujuan apa.
"Saya terkejut dengan berita dan video yang tersebar hari ini (Jumaat).Saya yakin Ruhainies tidak ada apa-apa dengan lelaki itu dan mereka bertemuatas urusan kerja kerana sebelum ini mereka ada projek bersama.
"Saya kenal Ruhainies orang macam mana dan jika dia ingin keluar selalunyadia akan ditemani ahli keluarga atau pembantu peribadinya sahaja," ujarnyakepada mStar Online.
Azrel diminta mengulas tentang video Ruhainies bersama suami Adira yang keluarbersama menjadi kontroversi dan diperkatakan orang.
Dalam laporan mStar Online padaJumaat, Ruhainies menafikan terdapat hubungan istimewa antara dia dan ahliperniagaan itu.
Sebaliknya, Ruhainies berkata, dia diperangkap oleh lelaki tersebut yang cubamencari publisiti murahan.
Dalam pada itu, Azrel berkata, dia mengenali Ruhainies dan sudah menganggap diasebagai wanita paling rapat dan istimewa.
Namun, setakat ini belum ada sebarang perancangan untuk peringkat seterusnya.
"Saya kenal Ruhainies sejak berlakon Si Montel tahunlalu dan kami menjadi rapat sejak berlakon bersama dalam drama Menantu Tintong.
"Dia wanita yang baik dan manja dan boleh dikatakan paling istimewadaripada wanita lain yang pernah saya jumpa. Cuma kalau ditanya tentangperancangan peringkat seterusnya, kami masih belum ada apa-apa lagi ikatan yangboleh disahkan," ujarnya.
Dalam pada itu Azrel berkata, dia tidak dapat menemani wanita itu kemana-manabuat masa ini berikutan jadual penggambaran yang padat.
Dia juga sibuk dengan penggambaran drama Lelaki Macam Dia diAstro Ria.
"Saya sekarang sibuk dengan penggambaran drama dan susah nak temani dia(Ruhainies) ke mana-mana. Bagus juga macam tu kerana kalau sering jumpa...bosan pula nanti.
"Tentang kes itu saya belum tanya dia lagi, lepas ini Insya-Allah sayaakan hubungi dia," ujarnya.
Sumber penafian Azrel ismail selepas hilang ingatan keluarkan statement di atas..BH 26/7/16
Saya bukan kekasih Ruhanies - Azrel Ismail UALA LUMPUR: Pelakon, Azrel Ismail, terkejut apabila namanya terpalit kontroversi video babak mesra Ruhainies dengan suami Adira, apabila ada yang beranggapan beliau adalah kekasih aktres terbabit. Katanya, mereka hanya rakan baik selepas kerap bergandingan sejak membintangi drama berjudul Si Montel, tahun lalu hingga kembali disatukan menerusi Menantu Tintong, yang kini disiarkan di TV3. Beliau berkata, tanggapan berkenaan tercetus mungkin kerana kenyataannya yang seakan melindungi Ruhainies, yang berdepan isu intim dengan Datuk Seri Adnan Abu. "Sebagai kawan rapat, saya harap Ruhainies terus fokus kepada kerjaya seninya yang semakin berkembang. Dia kena lebih berhati-hati dan waspada dengan hal yang tidak terduga," katanya yang kini melunaskan penggambaran drama Lelaki Macam Dia. Dalam perkembangan lain, Azrel memaklumkan impian berlakon di sisi idolanya, Remy Ishak, juga bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi menerusi filem arahan Kabir Bhatia berjudul Pulang. "Jika tiada aral melintang kami akan terbang ke Liverpool pada September depan untuk menjalani penggambaran filem berkenaan. Saya difahamkan Juliana Evans memegang watak heroin. "Ini kali pertama saya berpeluang berlakon dengan Remy. Teruja pastinya kerana impian saya untuk bergandingan dengannya menjadi kenyataan," katanya yang mempunyai wajah mirip aktor berkenaan.
[size=14.7078px]Syed Nadim
[size=14.7078px]
Azrel ismail
bakal..dato red denan
Don Safwan
[size=14.7078px]
[size=14.7078px]
|