oleh Adib Za
Bila berbicara tentang aktiviti 'membuang hajat', ramai sebenarnya akan berkata lebih selesa melakukannya di rumah, berbanding di tandas awam.
Nampaknya ia bukan omongan kosong kerana ada survei yang dilakukan di Amerika Syarikat dan juga England tentang kebiasaan membuang air besar ini dan kaitannya dengan perasaan malu.
Hasilnya, 52 peratus orang Amerika Syarikat dan 56 peratus orang Inggeris berasa tidak selesa bila berada di tandas awam. Malah, majoritinya ialah kaum wanita.
Tandas di pejabat, rumah rakan atau restoran paling cuba sedaya upaya untuk dihindari.
Satu pertiga warga Amerika Syarikat dan 41 peratus orang di England pula berkata akan menggunakan tandas di pejabat jika benar-benar terpaksa.
Faktor utama bukan sahaja ada kaitan dengan kebersihan. Namun, ia lebih kepada perasaan malu dan tidak selesa bila orang lain mengetahui tentang aktiviti 'buang hajat' di tempat awam terutamanya di pejabat. Takut bau busuk selepas aktiviti, mungkin?
Ya benar begitu ke sis? - CARI
Sumber: Metrotvnews
Sumber foto: Carian google
|