View: 1968|Reply: 5
|
Penginapan Casa Caracol, Mexico Seakan Cerita Dongeng Ikan Duyung
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Sejak kecil lagi kita ditontonkan dengan cerita dongeng ikan duyung. Bukan main lagi Puteri Duyung tinggal di dalam istana terumbu karang yang besar, tidur di atas katil cengkeram yang empuk dan mandi di dalam kolam dalam laut, kan?
Cemburu juga melihatnya, sudahlah puteri-puteri tersebut cantik. Pasti ada antara kita berangan nak menjadi seperti puteri duyung tersebut.
Jika angan-angan anda itu tidak berkesudahan, apa kata luangkan waktu bercuti di Isla Mujeres, Mexico dengan menginap di Casa Caracol. Rekabentuk rumah ini memang unik, seolah-olah sebuah rumah yang tenggelam jauh di dasar laut. Dari segi rekabentuk luaran sehinggalah dekorasi dalaman, semuanya menggunakan tema laut.
Casa Caracol boleh ditempah di laman web AirBnb dengan harga sewaan sekitar 186 sehingga 278 euro semalaman bergantung pada musim dan waktu tertentu. Ini pilihan yang ideal dan unik untuk anda yang sukakan kelainan dan yang berkira-kira tempat menarik untuk berbulan madu.
Tapi jika tidak ada kesempatan, apa kata anda cuci mata dengan melihat gambar-gambar yang dipaparkan dibawah ini. Cantik kan? Sangat eksklusif dan tampak mewah percutian bakal Raja dan Permaisuri Duyung.
|
|
|
|
|
|
|
|
very nice! i likeee...
ade rasa mcm mermaid x ?
|
|
|
|
|
|
|
|
tetiba rse mcm kaki btukar duyong jd mcm ikan
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Shop Online/Classified
|