View: 3203|Reply: 17
|
Warga Australia Dibuang Kerja Kerana 'Pokemon GO'?
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: http://blogs-images.forbes.com/
Kehebatan daya tarikan aplikasi permainan Pokemon Go bukan sahaja menjadi satu fenomena di seluruh dunia dalam masa seminggu selepas dilancarkan, malah ia juga mengundang padah bagi sesetengah pihak yang terlalu ghairah dengannya.
Baru-baru ini, terdapat seorang ekspatriat Australia dipecat kerana menulis komen kemarahan yang berbaur menghina rakyat Singapura berikutan pulau itu tiada permainan telefon pintar Pokemon Go.
Difahamkan baru seminggu bekerja untuk syarikat perunding enjin carian hartanah, 99.co, Sonny Truyen telah mengadu di Facebook berkaitan Singapura bukan antara pasaran permainan keluaran Nintendo itu yang popular di seluruh dunia.
“Anda tidak boleh menangkap pokemon di negara teruk ini,” kata Truyen dalam status di laman Facebooknya.
Komen itu mencetuskan kemarahan warga Singapura.
Ketua eksekutif syarikat itu, Darius Cheung memecat Truyen dan memohon maaf kerana kelakuan pekerja Australia itu.
Truyen telah menuntup akaun Facebooknya dan memohon maaf melalui laman web media digital, Mashable.
Walau bagaimana pun, aplikasi permainan Pokemon Go tersebut dikatakan hanya terhad di satu dua negara saja setakat ini masih belum terbuka di seluruh dunia permainannya. - CARI
sumber foto: https://i.ytimg.com
sumber info: http://www.nintendolife.com/
|
|
|
|
|
|
|
|
Pasal game..hilang kerja |
|
|
|
|
|
|
|
akebende pokemon go ni
best sgt ke
|
|
|
|
|
|
|
|
Kan dah mendapat main sangat le menatang tu sampai pengsan |
|
|
|
|
|
|
|
Kat malaysia ni ada ke,camna nak main |
|
|
|
|
|
|
|
Mula2, you all diberi 50 pokeball. Kemudian merayau la kalau nmpk pokemon kat map, g depan pokemon tu & baling pokeball (swipe atas skrin je). Kalo kena dapat la pokemon sekor, kalo tak rugi satu pokeball. Dan lepas dah dapat pokemon akan muncul kat skrin la. Siap info CP berapa level berapa bagai. Pokemon2 ni kalo tak ditangkap, selepas seketika dia hilang dah. N baling pokeball pun ada skill gak, ada point bonus kalo dapat master cara baling, kalo loser, pokemon tendang je pokeball you all kelaut dah rugi. Dan di map juga akan ada pokestop eg: handbag berkin dalam bilik rosmah kat seri perdana ke, bilik kebal 1mdb ke, private jet jibby ke tak pun tugu negara bersejarah ke yg mmg ada di dunia nyata, bila g dekat pokestop tu, you all boleh spin pokestop tu & nanti dapatla reward tertentu eg: pokemon candy ke, egg ke. Kalo egg, untuk eramkan egg jadi pokemon, you all kene la letak egg dalam incubator, alah incubator mmg ada kat dalam fon, drag egg masuk incubator dan.. egg tu akan hanya menetas bila you all berjalan sejauh 10 km ke macam tu. Pokestop boleh spin balik selepas 30 minit gitu. Haiwan pokemon, pokestop ni semua ada merata tempat, atas bumbung ke atas awan ke kat tengah2 highway ke dalam kawasan persendirian ke. Kadang2 pokemon ni otai, tak makan saman, so sebelum dapat tangkap, kena pakai pokemon yang dah ada dalam pokeball untuk lawan pokemon tu dulu. Kalau you all dah banyak sangat pokemon dalam koleksi, lets say raya macam nak buang satu pokemon, you all boleh jual pada professor (character penguatkuasa dalam fon), pokemon korang tu akan hilang buat selamanya tapi professor akan bayar korang dengan pokemon candy. Pokemon candy ni makanan pokemon untuk tingkatkan CP combat points tak pun health pokemon. Ada jugak satu lagi, stardust. Stardust ni tak boleh beli dekat shop pakai real money. Stardust ni fungsi macam pokemon candy jugak, tapi power lagi la. Untuk level up pokemon & naikkan HP pokemon. Stardust akan dapat bila korang tangkap pokemon lain atau pertahankan gym. Gym ni semacam rumah sukan la, ada tiga pilihan. So kalau korang dah pilih gym kuning contohnya, dan ada member gym korang yang tengah berperang, korang boleh release pokemon korang dari pokeball untuk bantu member gym tu. Kalo team gym korang menang dapat stardust. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagubestbest replied at 15-7-2016 09:10 PM
Mula2, you all diberi 50 pokeball. Kemudian merayau la kalau nmpk pokemon kat map, g depan pokemon t ...
Thanks for info.btw kat malaysia ni ada ke ,kalau ada camana nak download? |
|
|
|
|
|
|
|
kemain ko show off, last2 cash sajorkk |
|
|
|
|
|
|
|
tak elok la main game waktu kerja |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik juga mainan ni ye..sbb meibatkan aktiviti harian kita.yg kena berjalan 10km tu.jalan betul2 ke.ke di alam maya je |
|
|
|
|
|
|
|
tamanros replied at 16-7-2016 12:44 PM
Menarik juga mainan ni ye..sbb meibatkan aktiviti harian kita.yg kena berjalan 10km tu.jalan betul2 ...
Jln betul2 la cuols.. Actually game ni bagus gak sambil main sambil bersenam sbb kena byk berjalan.. Bole kejang o kaku.. |
|
|
|
|
|
|
|
bila la pokemongo nak masuk msia ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
Lagubestbest replied at 15-7-2016 09:10 PM
Mula2, you all diberi 50 pokeball. Kemudian merayau la kalau nmpk pokemon kat map, g depan pokemon t ...
Cam best je |
|
|
|
|
|
|
| |
|