oleh Adib Za
Bukan sebarang minuman yang anda boleh ambil ketika waktu panas terik. Memang air membantu kita daripada dehidrasi namun dengan minuman yang kurang sesuai boleh membuatkan kesihatan anda terganggu.
Memetik laman Prevention, terdapat 3 jenis minuman yang anda harus elakkan ketika cuaca panas.
1. Soda
Enaknya air soda yang sejuk! Namun tahukah anda ia boleh menyebabkan dehidrasi semakin cepat dalam tubuh. Sebuah kajian dari American Physiological Society mendapati minum soda untuk menghilangkan rasa haus hanya akan membuatkan anda dehidrasi dan meningkatkan penyakit ginjal.
Berbanding air mineral atau air bergula lain, anda disarankan untuk menghindari minuman soda ini ya.
2. Alkohol
Bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan, malah alkohol membuatkan pengeluaran urin semakin meningkat dan hasilnya menyebabkan dehidrasi.
Sumber foto: womenshealthmag
3. Kopi atau teh
Bagi mereka yang lazim mengambil minuman ini, tiada masalah untuk mengambilnya setiap hari. Namun, bagi anda yang jarang mengambilnya, disarankan untuk tidak mengambilnya langsung ketika cuaca panas.
Minum kopi ketika cuaca panas memberi efek negatif kepada mereka yang tidak biasa dengan minuman ini, seperti yang dikatakan oleh Heather Mangieri, jurucakap Academy of Nutrition and Dietetics.
Anda digalakkan membanyakkan minum air kosong selepas mengambil minuman berkafein. - CARI
Sumber: Metrotvnews |