Penyiar awam NHK melaporkan, Maharaja Jepun, Maharaja Akihito merancang untuk turun takhta, sekali gus memberi ruang kepada putera sulungnya menggantikan baginda dalam tempoh beberapa tahun lagi.
Difahamkan, pemegang takhta berusia 82 tahun itu memaklumkan individu yang rapat dengannya bahawa peranan itu perlu digantikan dengan seseorang yang mampu menggalas tugas Maharaja seperti yang dinyatakan dalam perlembagaan dan dilaporkan Putera Mahkota Naruhito dan isteri Maharaja, Maharani Michiko menyokong hasrat itu.
Mengikut Undang-Undang Diraja Jepun yang mengawal status Maharaja, tiada mekanisme undang-undang khusus untuk penyerahan takhta.
Sebarang tindakan melepaskan takhta memerlukan kajian semula terhadap undang-undang terbabit.
Menurut penyiar berkenaan, Jepun, yang mendakwa mempunyai monarki tertua dunia, tidak menyaksikan sebarang pelepasan kuasa diraja sejak Takhta Kekwa dalam tempoh 200 tahun.
Peranan Akihito terhad sebagai simbol negara mengikut perlembagaan ditetapkan Amerika Syarikat selepas Perang Dunia Kedua.- CARI
korea atau jepun anak lelaki mmg wajib ada setiap keluarga kan... beruntunglah mereka ada anak lelaki n perempuan.... saya ni 3 perempuan... belum rezeki allah nak bg lelaki.. ermmmm